Terus Bersorak Untuk Anda Walau Ketika Anda Gagal

Siapakah yang sedang menanti anda di garisan penamat, dan siapakah yang akan bersorak untuk anda di pergelutan terakhir, malah terus bersorak untuk anda ketika anda tidak menang, tidak berjaya dan kalah? Terutamanya apabila anda gagal, kalah dan tewas..

Kita bukan berbicara tentang penyokong yang sekejap ada sekejap tiada yang memberikan sokongan atau ganjaran ketika anda menang, atau penyokong yang muncul ketika perlawanan sedang berjalan.. Kita bertanya tentang mereka yang berada di situ kerana usaha anda, air mata anda dan keghairahan anda untuk berjaya.

Tiada yang lebih penting dari ini buat anda yang memberanikan diri untuk menongkah arus dan mencabar diri.

1 comment: