Tuesday, May 17, 2011

Lipan Lawan Ular - Siapakah Pemenangnya?

Video ini dirakam di Pulau Pinang. Rakaman video menunjukkan seekor lipan yang besar sedang menyengat seekor ular.

Lipan ini dikatakan adalah sepanjang lebih kurang 60cm. Lipan ini ditemui oleh pak cik perakam semasa beliau berada dalam kawasan ladang di Pulau Pinang. Selepas selesai dengan ular tersebut, lipan ini kemudiannya diambil oleh pihak berkuasa, kemungkinan untuk tujuan penyelidikan. Saksikanlah lipan ini dalam video di bawah.

read more "Lipan Lawan Ular - Siapakah Pemenangnya?"

Wednesday, May 11, 2011

3 Langkah Ke Arah Sikap Yang Positif dan Cemerlang

Apabila berbicara tentang 'matlamat', ramai yang akan terfikir tentang keinginan mereka terhadap matlamat pelajaran, kewangan dan juga matlamat kesihatan diri mereka.

Akan tetapi bagaimana pula dengan matlamat untuk menjadi orang yang lebih berguna hari demi hari? Bagaimana pula dengan matlamat untuk menjadi orang yang lebih berfikiran positif? Apa pula matlamat anda dalam membina keyakinan diri yang lebih tinggi?

Dengan bekerja keras ke arah mencapai matlamat diri anda ke arah keyakinan, motivasi dan pemikiran diri yang positif, segala matlamat anda yang lebih besar akan menjadi lebih mudah. Terdapat beberapa cara yang anda boleh buat untuk memperkasakan diri anda setiap hari. Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh ikuti:

  1. Bina tabiat kerja yang baik: Kebanyakan tabiat kerja kita adalah hasil dari pekerjaan dan didikan kita terdahulu, yang mana ada di antaranya yang tidak mendatang hasil. Untuk membuang tabiat anda dan mengubahnya untuk kebaikan anda perlu bertanya pada diri anda, "Mengapa saya melakukan kerja ini dengan cara ini dan bagaimana saya boleh memperkemaskannya lagi?"

    Sentiasalah berusaha untuk bekerja dengan lebih efisien dan pelajari seni memberi keutamaan (art of prioritization) pada tugas-tugas anda dengan menetapkan matlamat kerja dan mengikutinya.

  2. Bertanggungjawab: Saat apabila anda merasakan anda bertanggungjawab atas segalanya dalam hidup anda dan semua yang anda lakukan, anda akan mula menyedari betapa anda boleh mengawal sikap, hidup dan fikiran anda.

    Jika anda berjanji, tunaikanlah ia. Jika anda berkata anda akan melakukan sesuatu, maka lakukannya. Jika anda berjanji untuk ke suatu tempat pada masa tertentu, maka tepatilah masa itu! Berusahalah untuk mencapai matlamat-matlamat ini setiap hari.

  3. Kelilingkan diri anda dengan orang-orang yang berjaya: Salah satu cara untuk mencapai tahap kejayaan yang anda mahukan ialah dengan membina kerjasama dengan orang-orang yang berjaya yang telah mencapai matlamat yang sama dengan apa yang anda mahukan. Untuk menjadi orang yang mencapai kejayaan anda mesti berfikir dan bertindak seperti orang yang berjaya.

    Berkongsi idea dengan mereka, berbual-bual, berkongsi pengalaman dengan orang yang berjaya adalah sangat efektif dalam membina kejayaan anda. Pengaruh mereka terhadap anda memang boleh dirasai, paling kurang dalam membuka minda dan idea.
Kejayaan sama ada dalam pelajaran, bisnes atau hidup adalah suatu penghayatan sikap secara keseluruhan kerana segala yang anda lakukan, anda perlu lakukan dengan terbaik dengan kemampuan anda, segalanya!

Jadikan untuk bertemu orang-orang yang berjaya dan berbicara dengan mereka satu matlamat hari ini. Bertanggungjawablah dan perbaiki cara kerja. InsyaAllah kita akan berjaya.
read more "3 Langkah Ke Arah Sikap Yang Positif dan Cemerlang"

Monday, May 9, 2011

Lawak GPS (Global Positioning System)

Kereta terjatuh gaung kerana GPS.
"Turn left! Turn left!" - alat GPS.

Bagi mereka yang ada alat GPS dalam kereta mereka, pasti mereka akan memahami. :P

Hati-hati di jalan raya, ingat mereka yang tersayang. :)
read more "Lawak GPS (Global Positioning System)"

Saturday, May 7, 2011

Terima Kasih Ibu, Kasihmu Tiada Taranya

Selamat Hari Ibu.
"Syurga di bawah tapak kaki ibu. Kasih ibu tidak bertepi. Kasih ibu membawa ke syurga. "

Siapa yang tidak pernah mendengar ungkapan-ungkapan di atas. Ianya ungkapan-ungkapan benar untuk meluahkan betapa kasih dan sayangnya ibu pada anaknya, sehinggakan syurga ibarat berada di bawah tapak kaki ibu. Itu melambangkan betapa mulianya seorang ibu.

Kasih ibu juga tiada bandingannya. Kita tidak dapat mencari kasih yang lebih murni dan lebih sejati dari kasih seorang ibu. Ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya. Itulah betapa kasihnya seorang ibu pada anaknya.

Amat mulianya ibu, sehinggakan Islam meletakkan kemuliaan ibu itu lebih tinggi dari syurga itu sendiri. Bagi mereka yang masih ada ibu, kasihilah ibu anda kerana ibu anda hanya seorang sahaja, bila masa memanggil mereka pergi tinggallah kita di dunia ini tidak beribu lagi. Bagi mereka yang ibuya sudah menyahut panggilan Ilahi, hadiahkanlah mereka dengan amal jariah dan menjadi manusia yang berguna.

Buat semua yang bergelar ibu, diucapkan selamat hari ibu. Buat bonda saya, Pn Rafiah bt Awang Hamat, anakanda ucapkan selamat hari ibu, kasih bonda yang bonda curahkan pada anakanda akan anakanda jadikan pembakar semangat untuk anakanda terus menjadi manusia yang berguna dan meniti hidup ini sebagai khalifah Allah, sebagaimana yang bonda harapkan. Bonda, doakanlah anakanda ini, anakanda tidak pernah tidak perlu pada doa bonda. Anakanda sayang amat pada bonda.

Saya tujukan video ini buat semua ibu seluruh dunia (khasnya ibu saya), kalian lambang kasih sayang sejati:



Para ibu sekalian, curahkanlah kasih sayang pada anak kalian, didiklah mereka menjadi manusia berguna, bimbinglah mereka ke syurga.

Selamat hari ibu!
read more "Terima Kasih Ibu, Kasihmu Tiada Taranya"
 

Terkini dari Macam-macam

Promo

Followers

Langgan Percuma Laman Ini

Mahu langganan percuma laman ini? Masukkan emel anda di bawah dan tekan 'Langgan'. Periksa emel anda selepas itu untuk pengaktifan langganan: