Thursday, April 28, 2011

Tarikh-tarikh PIKOM PC Fair 2011 dan Lokasi

PC FairBagi peminat-peminat barangan komputer dan elektronik, PC Fair sudah tentu bukan lagi suatu acara yang asing bagi mereka. Ada yang sanggup berkelana beratus-ratus kilometer semata-mata untuk ke PC Fair.

PC Fair bukan sahaja menawarkan barangan komputer dan elektronik pada harga diskaun, PC Fair juga menjadi tempat untuk para peminat melihat barangan dan perkhidmatan terkini yang disediakan oleh pengeluar barangan. Tidak kurang juga ada yang menawarkan hadiah-hadiah menarik untuk para pelanggan.

PC Fair juga boleh menjadi tempat para pengunjung melihat pelbagai ragam peniaga untuk menarik perhatian pelanggan. Ada yang memakai kostum kartun ada pula yang berteriak menarik perhatian pelanggan.

Bagi mereka yang berminat untuk berkunjung ke PC Fair, berikut adalah tarikh dan tempat bagi acara tersebut:

15-17 April 2011
  • KL Convention Centre, KUALA LUMPUR
  • Batu Pahat Mall, BATU PAHAT
  • Village Mall, SUNGAI PETANI
  • Dewan Masyarakat, TAWAU

22-24 April 2011
  • Dewan Masyarakt, SANDAKAN
  • Miri Indoor Stadium, MIRI
  • Sibu Trade & Exhibition Centre, SIBU
  • Dewan Merdeka, SERI MANJUNG

6-8 May 2011
  • Penang International Sports Arena (PISA), PENANG
  • Permata Car Park, KUCHING

19-21 May 2011
  • Kelantan Trade Centre, KOTA BHARU

20-22 May 2011
  • Stadium Indera Mulia, IPOH

27-29 May 2011
  • Persada Johor, JOHOR BAHRU

3-5 June 2011
  • 1Borneo LG Exhibition Hall, KOTA KINABALU
  • Melaka International Trade Centre (MITC), MELAKA

23-25 June 2011
  • Pusat Dagangan Terengganu (TTC), KUALA TERENGGANU

15-17 July 2011
  • Star Parade, ALOR SETAR

28-30 July 2011
  • Kelantan Trade Centre, KOTA BHARU

29-31 July 2011
  • KL Convention Centre, KUALA LUMPUR
  • Sultan Ahmad Shah Convention Centre (SASICC), KUANTAN

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk PC Fair kali ini. Dengarnya ada cabutan bertuah hadiah kereta Mazda Hatch Back bernilai RM100,000.
read more "Tarikh-tarikh PIKOM PC Fair 2011 dan Lokasi"

Thursday, April 21, 2011

Doktor Pakar Sarkis

Mungkin kerana kerja harian sebagai seorang doktor yang agak membosankan maka doktor ini mula membuat aksi-aksi hebat seperti ahli sarkis. Balingan-balingan tepat doktor ini agak mengagumkan. Saksikan dalam video di bawah.

Amaran: Sesetengah aksi mungkin menggerunkan.

read more "Doktor Pakar Sarkis"

Friday, April 15, 2011

Melangkaui Had Kemampuan Diri

Bayangkan, seorang rakan anda berkata, "Saya tidak akan pandai menggunakan Microsoft Word dan Excel. Saya terpaksa tulis atas kertas sahaja dengan pen dan pensil."

Atau seorang rakan lain yang berkata, "Mustahil saya boleh belajar bahasa Arab. Saya bukannya pandai sangat."

Ini sesuatu yang pelik misteri kerana sudah beratus juta orang belajar bahasa Arab dan mereka berjaya, dan, maka peratus kegagalan bagi orang yang baru hendak belajar bahasa ini adalah menghampiri sifar. Jika seseorang yang sihat sejahtera memberi cukup masa dan usaha, maka sudah tentu dia akan berjaya.

Kunci bagi masalah sebegini ialah bahagian yang kurang menarik untuk dibincangkan iaitu masa, usaha dan rasa takut. Kita tidak akan dapat belajar sesuatu atau mencipta sesuatu atau menghasilkan sesuatu yang bernilai kecuali kita memberikan diri kita masa, meletakkan satu usaha yang tinggi dan mengatasi rasa takut dalam diri kita. Tiada had semulajadi terhadap kebolehan semulajadi anda untuk buat apa sahaja yang melibatkan kreativiti dan idea. Sesuatu yang bersifat fizikal mungkin ada hadnya.

Sikap sebegini (iaini meletakkan had pada kebolehan diri) boleh mendatangkan masalah. Meletakkan had sebegini boleh menyekat kemajuan diri dan merugikan. Tiada siapa yang berhak dan boleh meletakkan had kebolehan diri ini kecuali diri anda sendiri. Anda perlu berani, rajin dan memberi cukup masa untuk berjaya dalam usaha anda. Mungkin ada yang pernah diajar supaya jangan paksa diri, namun jika seseorang itu mahu berjaya mereka perlu melangkau had diri mengatasi diri mereka yang sebelum ini untuk menjadi orang yang lebih kuat dan berjaya. Seperti kata Saidina Ali karamallahu wajhah: jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini.

Tidak berusaha secukupnya adalah satu jenayah.
read more "Melangkaui Had Kemampuan Diri"
 

Terkini dari Macam-macam

Promo

Followers

Langgan Percuma Laman Ini

Mahu langganan percuma laman ini? Masukkan emel anda di bawah dan tekan 'Langgan'. Periksa emel anda selepas itu untuk pengaktifan langganan: