Wednesday, February 23, 2011

Ikan Paling Mahal

Ikan paling mahal ialah ikan tuna bluefin yang telah dijual dengan harga $396 000 (lebih kurang RM1.2 juta). Berat ikan tersebut ialah 754 paun.

Spesis ikan ini adalah dalam bahaya seperti mana juga ikan paus biru.

read more "Ikan Paling Mahal"

Sunday, February 13, 2011

Lawak Pendaratan Cemas Kapal Terbang

Dalam satu penerbangan domestik MAS dengan Boeing 747, kapten kapal terbang tersebut membuat satu pengumuman, "Perhatian kepada semua penumpang Penerbangan Malaysia, dengan sedihnya kami mengumumkan bahawa kami terpaksa membuat satu pendaratan kecemasan di tengah-tengah Laut China Selatan kerana terdapat kerosakan pada keempat-empat enjin pesawat ini". Riuh rendah seketika keadaan di dalam pesawat itu.

"Perhatian kepada semua penumpang Penerbangan Malaysia, demi misi dan piagam pelanggan kami yang amat mementingkan pelanggan, kami di Penerbangan Malaysia amatlah mementingkan keselamatan penumpang kami. Maka dengan ini diharap semua penumpang dapat memberi kerjasama dan mengikuti segala arahan yang kami berikan demi keselamatan bersama. Saya minta penumpang yang pandai berenang untuk berkumpul di sebelah kanan pesawat manakala penumpang yang tidak pandai berenang untuk duduk dahulu di sebelah kiri pesawat. Sekian terima kasih dari Penerbangan Malaysia... "

Maka semua orang pun bersiap-sedia dengan tempat masing-masing. Tiba-tiba pesawat itu pun mendarat di atas air di tengah-tengah Lautan China Selatan dan perlahan-lahan tenggelam... Seketika kemudian kedengaran pengumuman dari kapten pesawat, "Kepada penumpang-penumpang Penerbangan Malaysia, perhatian, kepada penumpang yang pandai berenang, sila ke pintu kecemasan di sebelah kanan anda dan cuba keluar dan berenang menjauhi pesawat... dan akhir sekali kepada penumpang yang tidak tahu berenang... TERIMA KASIH KERANA TERBANG DENGAN PENERBANGAN MALAYSIA, DAN SELAMAT MALAM."



Hahaha....lawak je ni. Penerbangan Malaysia jangan marah.
read more "Lawak Pendaratan Cemas Kapal Terbang"
 

Terkini dari Macam-macam

Promo

Followers

Langgan Percuma Laman Ini

Mahu langganan percuma laman ini? Masukkan emel anda di bawah dan tekan 'Langgan'. Periksa emel anda selepas itu untuk pengaktifan langganan: