Saturday, December 17, 2011

Ayah Saya Yang Ajarkan

Suatu pagi di suatu sekolah rendah. Sesi persekolahan baru sahaja seminggu bermula. Murid-murid sedang belajar dalam kelas masing-masing.

"Alia, awak sudah ingat nombor-nombor?" tanya cikgu Hamidah. Muka cikgu Hamidah nampak tegas, mungkin dia buat sebegitu agar murid-muridnya mendengar kata-katanya. Semua murid kelas 1 Dahlia senyap.

"Ya," jawab Alia. "Ayah saya yang ajarkan," tambah Alia walau tidak ditanya.

"Hmm. Baiklah, kalau begitu, cuba jawab soalan saya ini: Apakah nombor selepas tiga?"

"Empat," jawab Alia.

"Bagus, dan cuba beritahu cikgu apa pula nombor selepas tujuh?"

"Lapan, cikgu," jawab Alia lagi.

"Wah! Hebatnya kamu," cikgu Hamidah menjawab "Pandai ayah kamu mengajar kamu. Cikgu rasa gembira. Baiklah, apakah pula nombor sebelum satu?"

"Joker."

2 comments:

Anonymous said...

hahaha...

Anonymous said...

Hahaha... JOker.. sah main pakau...

Post a Comment

Apa yang terlintas dalam fikiran anda?

 

Terkini dari Macam-macam

Promo

Followers

Langgan Percuma Laman Ini

Mahu langganan percuma laman ini? Masukkan emel anda di bawah dan tekan 'Langgan'. Periksa emel anda selepas itu untuk pengaktifan langganan: