Terima Kasih Ibu, Kasihmu Tiada Taranya

Selamat Hari Ibu.
"Syurga di bawah tapak kaki ibu. Kasih ibu tidak bertepi. Kasih ibu membawa ke syurga. "

Siapa yang tidak pernah mendengar ungkapan-ungkapan di atas. Ianya ungkapan-ungkapan benar untuk meluahkan betapa kasih dan sayangnya ibu pada anaknya, sehinggakan syurga ibarat berada di bawah tapak kaki ibu. Itu melambangkan betapa mulianya seorang ibu.

Kasih ibu juga tiada bandingannya. Kita tidak dapat mencari kasih yang lebih murni dan lebih sejati dari kasih seorang ibu. Ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya. Itulah betapa kasihnya seorang ibu pada anaknya.

Amat mulianya ibu, sehinggakan Islam meletakkan kemuliaan ibu itu lebih tinggi dari syurga itu sendiri. Bagi mereka yang masih ada ibu, kasihilah ibu anda kerana ibu anda hanya seorang sahaja, bila masa memanggil mereka pergi tinggallah kita di dunia ini tidak beribu lagi. Bagi mereka yang ibuya sudah menyahut panggilan Ilahi, hadiahkanlah mereka dengan amal jariah dan menjadi manusia yang berguna.

Buat semua yang bergelar ibu, diucapkan selamat hari ibu. Buat bonda saya, Pn Rafiah bt Awang Hamat, anakanda ucapkan selamat hari ibu, kasih bonda yang bonda curahkan pada anakanda akan anakanda jadikan pembakar semangat untuk anakanda terus menjadi manusia yang berguna dan meniti hidup ini sebagai khalifah Allah, sebagaimana yang bonda harapkan. Bonda, doakanlah anakanda ini, anakanda tidak pernah tidak perlu pada doa bonda. Anakanda sayang amat pada bonda.

Saya tujukan video ini buat semua ibu seluruh dunia (khasnya ibu saya), kalian lambang kasih sayang sejati:



Para ibu sekalian, curahkanlah kasih sayang pada anak kalian, didiklah mereka menjadi manusia berguna, bimbinglah mereka ke syurga.

Selamat hari ibu!

10 comments:

  1. betapa besarnya kasih sayang ibu kpd anak...
    sayangilah ibumu.........
    i love u mum..... ^_^

    ReplyDelete
  2. ibu saya tak tunjukkan kasih sayangnya pada saya,, kdg2 sy iri hati dnagn adq2 yang lain,.

    ReplyDelete
  3. Syasya, ibu awak sayangkan awak. Tanyalah pada dia.

    ReplyDelete
  4. Salam ...saat ini ibu saya sakit..telantar diatas tilam yg x empuk di dlm wad..betapa saya terasa lain dr yg lain..bgimana nanti saya nanti sekiranya ayat yg saya sebut iaitu "mak" akan senyap buat slamanya dibibir saya..ruginya saya disaat itu,kosongnya jiwa saya tanpa teman,sahabat dan tempat saya bermanja juga ank2 saya...

    ReplyDelete
  5. Anonymous,

    Wsalam. Saya mendoakan ibu saudara/i cepat sembuh. Memang saat sebegini menguji kita. Hanya Allah tempat berserah.

    ReplyDelete
  6. kasih ibu bawa ke syurga

    ReplyDelete
  7. ibu... kaulah ratu hatiku

    ReplyDelete
  8. ibu,kau nyawa hidupku..kadang2 aku tidak sengaja untuk mnyakiti hatimu..tapi jauh ke dalam lubuk hati ini,segalanya adalah untukmu...aku sygkn n cintakn mu ibu...maafkn aku...

    ReplyDelete
  9. hana zora lululuJune 12, 2012 at 7:06 AM

    Kasih dan cinta ibu lebih murni dan sejati drpd kasih seorang lelaki...umi i love youuuuu.....please forgive meeeee.......

    ReplyDelete
  10. bagaimana ya ibu harus menghadapi perpisahan dgn anak yang akan ke asrama jauh dari matanya?

    ReplyDelete