Kerajaan Benarkan Main Kutu?

Semalam saya ada terbaca dalam berita Nightline TV3 bahawa main kutu sedang dalam proses penggubalan akta. Maknanya ia bakal menjadi satu perkara yang sah di sisi undang-undang. Maknanya juga para peserta permainan kutu ini akan dilindungi oleh akta atau disabitkan oleh akta. Ini juga bermakna kerajaan boleh mengambil tindakan di bawah akta yang digubal ke atas pesalah jika sabit kesalahan.

Saya petik dari Bernama, Timbalan menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata kementeriannya akan memperkenalkan satu akta baru untuk melindungi peserta-peserta skim "kutu" dan melegalisasikan operasinya dari segi undang-undang.

Mengikut beliau lagi ianya diwujudkan untuk melindungi kepentingan peserta-peserta permainan kutu ini.

Akta ini masih lagi dalam bentuk draf dan bakal dibentangkan dalam tahun ini. Ia bermatlamat untuk melindungi rakyat Malaysia dari menjadi mangsa skim cepat kaya.

Baguslah ada akta untuk melindungi rakyat Malaysia dari skim cepat kaya. Ramai yang sudah kayap kerana skim cepat kaya.

Saya juga pernah main kutu dengan rakan-rakan tempat kerja. Sepuluh orang. Hendak sampai giliran saya fuh kena tunggu sepuluh bulan, sebab saya giliran yang terakhir. Sebenarnya duit yang kita dapat pada giliran adalah duit kita juga tapi dikumpulkan secara beramai-ramai.

Kalau ahli kutu tiada yang bermasalah okeylah giliran kita. Tapi kalau ada ahli yang bermasalah, memang boleh jadi pening kepala.

1 comment:

  1. Salam.
    Bagus sangat la kalu kerajaan mahu adakan Akta utk skim KUTU ni. SEkurang2nya ahli2 rasa terjamin dan dilindungi sekiranya berlaku kejadian tak diingini.
    Saya pun selalu juga main kutu zaman sekolah dan zaman bekerja. Alhamdulilah tiada kejadian yg menyulitkan berlaku.

    ReplyDelete