Wednesday, January 19, 2011

Super Kentut di Restoran

Saya berada di sebuah restoran terkemuka di Bangsar di mana tiba-tiba sahaja saya rasa tidak dapat lagi menahan untuk melepaskan gas saya. Ah... memang sudah terdesak sangat ni, tetapi orang di dalam restoran ini ramailah pula.

Dengan orang yang begitu ramai, termasuk awek-awek comel yang sedang makan dan berbual-bual, saya seperti sudah mati akal. Ini mesti hasil dari telur rebus separuh masak yang dimakan petang tadi ni. Lima biji saya hentam tadi. Sah bau mesti hilang akal punya.

Sistem bunyi restoran itu pula memang sangat sangat kuat. Ini menambah lagi seksa derita saya. Tiba-tiba, idea baik datang pada saya. Mengapa saya tidak lepaskan gas beracun saya ini semasa bunyi tengah kuat. Mesti tiada yang perasan nanti. Timing kena baik ni.

Semasa rentak muzik berbunyi kuat, saya pun tanpa segan lagi melepaskan bom super kentut gas beracun saya dengan muka selamba macam tiada apa yang berlaku. Owh lega amat. Nikmatnya. Fuh... Mesti ada yang termuntah ni, hahaha, tapi saya gelak dalam hati je.

Selesai sahaja minum nescafe ais saya tadi, saya dengan pantas bangun untuk balik. Orang ramai semua tengok saya dengan muka semacam. Awek tadi pun ada, baju basah sebab muntah. Saya meraba telinga dan... arghhh... rupanya saya tengah dengar walkman. Memang mampus kali ini... :P

12 comments:

nazain said...

haha , mesti malu kan ? haha. i can imagine :p

Jali said...

you bet! hahaha...

nazratul ain mohd amran said...

btol ke ade smpai muntah tu :D haha

Anonymous said...

masuk la tandas,,aiyaarkk

Anonymous said...

hahaha.. sy nk try buat la....

adele said...

sy pernah berhadapan dgn situasi org yg kentut dgn yakinnya sbb dia tak sedar kehadiran sy..mmg sgt menggerunkan :D

Jali said...

Harap-harap kesihatan adele tak terjejas la kerana situasi tu. Wakakakaka.....

Anonymous said...

best

rainnyberry said...

haha..susah nak gambarkan btapa malu.=)

Jali said...

hehehe... rainberry jgn wat gini.

Anonymous said...

sejarah tak mugkin berulang hahaha.

Anonymous said...

mcmne cover malu eik? muka selamberrr sambil tersenyumm? ha ha ha ha

Post a Comment

Apa yang terlintas dalam fikiran anda?

 

Terkini dari Macam-macam

Promo

Followers

Langgan Percuma Laman Ini

Mahu langganan percuma laman ini? Masukkan emel anda di bawah dan tekan 'Langgan'. Periksa emel anda selepas itu untuk pengaktifan langganan: