Seorang kawan, walau tidak mampu menolong kita, mereka masih terus mencari jalan agar kita tidak terus jatuh. :)
Home » Archives for September 2010
Thursday, September 23, 2010
Seorang Kawan Tidak Akan Biarkan Kamu Terus Jatuh
Seorang kawan, walau tidak mampu menolong kita, mereka masih terus mencari jalan agar kita tidak terus jatuh. :)
Baca lagi tulisan seperti ini dalam
Koleksi Lawak
Friday, September 17, 2010
Alat Poligraf Boleh Kesan Penipuan
Tahukah anda bahawa alat poligraf (adakalanya dikenali juga dengan 'alat pengesan penipuan') telah digunakan buat pertama kalinya oleh perekaciptanya untuk membawa kepada keputusan dalam perbicaraan di mahkamah pada tahun 1935?Sistem keadilan jenayah dalam kebanyakan masyarakat percaya bahawa anda boleh mengenali penipu berasaskan beberapa reaksi fisiologikal terhadap pertanyaan.
Kenaikan tekanan darah dan denyutan jantung, mulut yang kering, perpeluhan – semuanya dipercayai memberi kemungkinan terhadap perasaan bersalah. Semua faktor-faktor ini hadir ketika seseorang sedang rasa cemas, dan apakah pula sebabnya anda berasa cemas ketika disoal jawab melainkan anda sedang menipu?
Alat poligraf mengukur dan merekod reaksi-reaksi ini. Akan tetapi kaedah ini sudah tentu tidak tepat sepenuhnya. Sesetengah orang sangat mudah berasa cemas dan ketar lutut walaupun tidak wujud sebarang provokasi. Yang lain pula boleh relaks dan duduk dengan tenang walaupun sedang diancam dan diugut.
Walaupun begitu, pada 2 Febuari 1935, Leonarde Keeler, seorang detektif dan salah seorang pencipta alat poligraf Keeler, menguji alat ciptaannya pada dua suspek jenayah di Portage, Wisconsin. Hasil ujian-ujian tersebut dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah dan kedua-dua suspek tersebut telah dijatuhi hukuman atas kesalahan melakukan serangan.
Foto: Leonarde Keeler sedang melakukan teknik soal siasat dengan alat poligraf.
Lihat juga: Bagaimana Untuk Mengenali Mengecam Seorang Penipu
Baca lagi tulisan seperti ini dalam
Computing and Technology,
Do You Know?
Saturday, September 11, 2010
Saturday, September 4, 2010
Malaysia, Tiada Yang Sepertinya
Malaysia merupakan negara yang indah dan permai. Dianugerahi dengan kekayaan flora dan fauna serta hasil bumi, Malaysia telah menjadi rebutan sejak ratusan tahun dulu lagi. Begitulah kayanya negara ini. TVC di bawah memaparkan keindahan bumi Malaysia dan telah dimainkan di kaca televisyen. TVC ini sangat menarik dan mengujakan. Saya sukakannya.
Harap terdetik rasa bangga dan sayang pada negara yang permai lagi indah ini. Malaysia, tiada tempat yang sepertinya di dunia. Akhir kata, selamat hari merdeka dari macam-2.com .
read more "Malaysia, Tiada Yang Sepertinya"
Harap terdetik rasa bangga dan sayang pada negara yang permai lagi indah ini. Malaysia, tiada tempat yang sepertinya di dunia. Akhir kata, selamat hari merdeka dari macam-2.com .
Subscribe to:
Posts (Atom)













