Friday, March 19, 2010

Kepintaran IQ Meningkat Melalui Sukan dan Senaman

Kepintaran IQ Meningkat Melalui Sukan dan Senaman.Lebih kurang empat puluh tahun lalu, pakar neurologi percaya dan yakin bahawa otak tidak dapat berkembang lagi setelah seorang itu mencapai usia dewasa, bahkan, semakin menyusut tahun demi tahun.

Mereka percaya bahawa kesimpulan ini adalah benar dan selamat setelah melihat keadaan otak semasa bedah siasat dijalankan; yang mana otak kelihatan seperti sentiasa rosak daripada meningkat dari segi kepelbagaian strukturnya dan bahkan ada yang menguncup pada tahap-tahap yang tertentu.

Ini seperti sudah menjadi satu kebiasaan. Apabila kanak-kanak mendengar datuk atau nenek atau ibubapa mereka sendiri berkata "Saya mungkin sudah tua" mereka akan mengambilnya bulat-bulat – dan bahkan ia mungkin jadi seperti satu ramalan yang merealisasikan dirinya sendiri, sekiranya anda atau mereka amat mempercayainya, yang bahawasanya usia tua adalah sekata dengan menjadi nyanyuk. Tubuh anda akan menuruti dan cuba menjadikan kepercayaan diri tadi satu realiti. Sekiranya anda percaya sebaliknya, maka perkara sebaliknyalah yang bakal terjadi. Tetapi ini bukan perkara utama yang hendak disampaikan dalam rencana ini.

Tulisan ini adalah bertujuan membuktikan bagaimana bersenam dan bersukan boleh meningkatkan tahap kepintaran dan IQ anda. Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan oleh beberapa neurosaintis, mereka telah menemui bahawa aktiviti-aktiviti yang melibatkan tubuh badan akan meningkatkan kemungkinan otak untuk mencapai keupayaan mental yang lebih tinggi. Ini adalah penemuan mereka dan bagaimana ianya terjadi:

Kajian yang dilakukan oleh saintis bernama Astrid Bjornebekk dari Institut Karolinska dari Sweden pada 2006 telah mendapati bahawa terdapat hubungan langsung di antara bersenam dan peningkatan tahap IQ. Walaupun ianya bukan hubungan terus kesan dari tindakan seperti "sekiranya anda membuat sebanyak X kali tekan tubi tahap kebijaksanaan atau kecerdikan anda akan meningkat sebanyak X mata", ianya adalah satu hubungan berbentuk statistik, iaitu sesiapa yang selalu melakukan senaman dan sehingga satu tahap ia akan meningkatkan tahap IQ mereka.

Ia adalah satu kesan dari pertumbuhan yang terangsang dalam bahagian hipokampus di dalam otak sebagaimana penemuan kajian yang dilakukan oleh Dr. Josef Bischofberger dari Universiti Freiburg, Jerman. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor tertentu yang terangsang oleh senaman-senaman yang dilakukan oleh tubuh badan. Apa yang lebih menarik lagi ialah sel-sel otak yang baru terbentuk akan lebih cepat belajar, lebih cepat dari sel-sel otak lama.

Boleh disimpulkan, semasa bersenam dan bersukan:

- otak dan tubuh anda mendapat lebih oksigen, yang mana akan meningkatkan lagi prestasi otak anda

- faktor-faktor pertumbuhan tertentu akan terangsang yang kemudiannya membuatkan sel-sel baru untuk mempelajari 'perkara baru'.

- kebanyakan aktiviti sukan cenderung untuk meningkatkan kepantasan reaksi anda secara umumnya (contohnya sekiranya seorang kanak-kanak secara tiba-tiba melintas di hadapan kereta anda, anda akan lebih pantas membrek), dan kepantasan ini juga sedikit sebanyak berkaitan dengan tahap IQ anda, yang mana lebih pantas anda bertindak balas lebih bijak dan pintar diri anda.

Setelah membaca rencana ini, bersediakah anda untuk mempertingkatkan diri anda dengan bersenam dan bersukan?
read more "Kepintaran IQ Meningkat Melalui Sukan dan Senaman"

Sunday, March 14, 2010

Beberapa Perkara Tentang Diri Saya... dan Mungkin Juga Anda

Carta-carta berikut mewakili beberapa perkara tentang diri saya:

Penggunaan telefon bimbit saya.Carta 1: Penggunaan telefon bimbit saya.


Perkara-perkara yang dibincangkan semasa mesyuarat.Carta 2: Perkara-perkara yang sering dibincangkan semasa mesyuarat.


Penggunaan Internet Explorer SayaCarta 3: Bagaimana dan untuk apa saya menggunakan pelayar Internet Explorer.


Masa yang diperuntukkan bagi penggunaan google map dan google earthCarta 4: Masa dan kegunaan perisian Google Earth dan Google Map bagi saya.

Bagaimana pula dengan anda? Mungkinkah ada persamaan antara kita? :D
read more "Beberapa Perkara Tentang Diri Saya... dan Mungkin Juga Anda"

Friday, March 12, 2010

Reasons Why We Must Drink Water

A person can live a few weeks without food. But without water, even the toughest person can only live just for 4 to 5 days.

Water has the following functions:
  1. To transport nutrition to the whole body through the bloodstream and the spleen system. Water is needed by our body to transport all the nutrients from the food we eat to our whole body. Without water the nutrients cannot be sent to where it is needed.

  2. To smooth out the body excretory system through urinating and excreting. Water is also needed to disposed all the waste materials from our body. These includes by urination, respiration and defecation. Without water these processes cannot happen and all the waste materials get accumulated inside our body. This is toxic to our body and dangerous to our health.

  3. Becoming a media for biochemistry reaction in the body. For a biochemistry reaction to happen in our body, chemicals from nutrients and other sources in the body need to be dissolved in water. Water act as a media where the reactions happen. Water also turns compound into ionic phase so proper reaction can happen. This way we can extract the energy from the food we eat and change the energy back to other phase for storage and other uses.

  4. To soften up foods and make chewing it easy. Food entering our mouth usually is in solid form. We chew the food to soften it up and mix it with our saliva. Our saliva is of course contains water. The saliva has the function of digesting our food at initial before entering the next phase of digestion. Water soften the food eaten and make our chewing easier, and prepare it for the digestion process.

  5. Preserving the body temperature. Our body need to stay at a certain temperature which is around 33 to 38°C. Water helps to regulate the temperature by cooling off our body through respiration and breathing. Water also transport heat to needed area or from area which excess in heat. Water acts as media of heat transport in our body.

Apart from the function above, drinking a lot of water avoid the body from dehydration or liquid deficiency. Insufficient liquid can give adverse impact to the body's condition. Our body not only can easily become tired but the skin also become dries quickly, our mind become difficult to give attention, muscle can cramp easily and the kidneys may get damaged.

So, from now on don't forget to drink plenty of water. Don't only drink water when you get thirsty. Try these tips:
  1. Do not forget put a drink on your table. Besides taking plain water, try to rotate it with other drinks such as juice, milk or tea.
  2. Bring drinking water wherever you go.
  3. Teach children about the importance of drinking water.
read more "Reasons Why We Must Drink Water"
 

Terkini dari Macam-macam

Promo

Followers

Langgan Percuma Laman Ini

Mahu langganan percuma laman ini? Masukkan emel anda di bawah dan tekan 'Langgan'. Periksa emel anda selepas itu untuk pengaktifan langganan: