Thursday, February 25, 2010

Kedalaman Lautan Bumi - Satu Ilustrasi

Adakah anda tahu berapa dalamkah lautan bumi kita ini. Adakah lautan kita dapat menenggelamkan gunung Everest. Atau dapatkah ia menenggelamkan bangunan yang tertinggi di dunia? Rajah di bawah dapat memberikan anda gambaran betapa dalamnya lautan kita. Jurang Mariana adalah kawasan terdalam yang diketahui manusia, justeru ia dijadikan sebagai rujukan.

Jurang Mariana – Berapa dalam Lautan Kita?  0 kaki: Titik hitam di sebelah adalah skala mewakili seorang manusia bertinggian 6 kaki lebih.  350 kaki: Kedalaman maksimum selaman seekor paus biru, haiwan terbesar di dunia. Seekor paus biru bersaiz besar dan dewasa diwakilkan secara berskala seperti di sebelah.  1381 kaki: Ketinggian menara berkembar KLCC. Sekiranya anda memasukkan menara ini ke dalam jurang Mariana, ia akan tenggelam pada tahap ini.  3280 kaki: Pada aras ini, cahaya sudah tidak dapat lagi menembusi ke dalam air.  5280 kaki: Satu batu di bawah paras laut.  13 120 kaki: Permulaan Zon Abis. Tekanan air pada aras ini adalah lebih kurang 11 000 paun per inci persegi. Makhluk-makhluk aneh, dengan rupa yang menakutkan tinggal di kedalaman ini, seperti ikan Fangtooth, ikan Lampu Suluh (flash light) dan ikan Angler.  20 000 kaki: Zon Hadal. Tekanan mencapai 16 000 paun per inci persegi, lebih dari 1 100 kali ganda dari tekanan di permukaan bumi. Hidupan masih wujud pada aras ini walaupun jarang.  31 000 kaki: Ketinggian purata kapal terbang komersial terbang. Bagi mereka yang pernah melihat keluar melalui tingkap kapal terbang, jadikan ini satu skala rujukan.  36 000 kaki: Aras paling dalam yang diketahui manusia, yang pernah diterokai oleh kapal Challenger II, aras ini juga dikenali sebagai Kedalaman Challenger. Adalah dipercayai masih ada aras kedalaman yang lebih dalam, kerana hanya baru 10% sahaja dari lautan dipetakan.
Jadi dapatkah anda membayangkan betapa dalamnya lautan kita sekarang?
read more "Kedalaman Lautan Bumi - Satu Ilustrasi"

Thursday, February 18, 2010

12 Kata-kata Motivasi Yang Memperkasa dan Memperkaya – Tingkatkan Kekuatan Emosi dan Keyakinan Diri Anda

12 Kata-kata Motivasi Yang Memperkasa dan Memperkaya.
Apa kata-kata anda dan strategi anda bagi membina kekuatan dalaman diri anda apabila anda rasa tertekan, gagal atau lemah? Ketika anda rasa risau, rasa was-was atau tidak yakin, gementar atau takut, apa kata-kata terhadap diri anda yang anda boleh gunakan untuk menghadapi segala arus negatif dan gelap itu?

Berikut adalah 12 pilihan kata-kata motivasi, keyakinan, kekuatan dalaman dan kata-kata yang boleh menguatkan kekuatan jati diri yang dipilih dari lebih 2000 kata-kata motivasi dan semangat. Bacalah dengan mata fikiran, dan biarkan setiap satu darinya memberi kekuatan dan semangat kepada anda. Cuba hayati maknanya:

  1. Esok jadi tahun – Jika anda boleh lakukannya sekarang, ambilnya dan – Buat!

  2. Apa yang anda hendak takutkan? 'Ahh.. tidak tahulah saya boleh lakukannya atau tidak', mungkin itu yang anda kata. Baiklah. Itu bukan bermakna anda 'tidak boleh', itu hanya bermakna yang anda hanya tidak tahu bahawa anda boleh lakukannya atau tidak. Jadi bagaimana untuk tahu anda boleh buat atau tidak? Anda lakukan sahaja! Ayuh, sahabatku – Lakukannya!!

  3. Adakah kamu sebatang pokok yang memerlukan 'hutan'? Atau, kamu mahu berdiri sendirian?

  4. Di mana kamu bermula bukanlah satu isu – di mana kamu berakhir…ya.

  5. Biar diri kamu yang sebenar menyinar - "Dan diri kamu yang sebenar sedang berada di dalam hati kamu, hanya menanti waktunya untuk tampil ke depan...dan dia adalah sekuat dirinya yang bersuara itu – Bagaimana dia telah menyentuh hidup kamu, bahkan, telah menjadi hidup kamu? Jadilah diri kamu sendiri, percayakan diri kamu, dan turuti apa yang kamu rasakan dan fikirkan betul di dalam hati kamu… Kamu akan dapati kamu yang sebenar di dalam diri tidak akan sekali-kali mengecewakan kamu; dia hanya lakukan apa yang betul, dan apa yang diperlukan oleh kamu...selalu..."

  6. Kecantikan kamu juga tersemat bersama sentuhanmu, keprihatinanmu, belas kasihanmu, senyumanmu, pandanganmu yang baik dan positif yang telah kamu berikan kepada yang lain, kemahuanmu untuk melakukan sebagaimana kamu mahu diperlakukan – dan kemesraan dan kesejatian rasa yang kamu labuhkan, dan hulurkan tanpa bayaran kepada yang lain...dan kamu lihatlah sendiri, cantik bukan rupa sahaja, cantik sebenarnya datang dari jiwa.

  7. Sepanjang perjalanan ini kamu akan temui kekuatan, kamu akan temui dan bina kebolehan diri, kamu akan kenali kuasa diri dan kamu akan lebih mengenal lebih banyak tentang diri kamu. Sebagaimana perjalanan itu berterusan, begitulah juga dengan penemuannya.

  8. Gerakkan diri kamu dari dalam, dan terus gerakkannya sehinggalah kamu tiba – kerana hanya satu jalan sahaja untuk mendapatkan apa yang kamu mahukan, ia adalah dengan terus berusaha, terus 'mahu'…dan terus berjuang!

  9. Saya tidak boleh membuat kesilapan dalam saya berusaha untuk maju, meningkatkan diri, dan berjaya dengan jayanya; saya hanya membuat kesilapan, jika saya tidak membuatnya!

  10. Kamu mungkin tidak sehebat yang kamu mahukan…tetapi kamu sememangnya sudah cukup kuat SEKARANG!!

  11. Apa yang mereka tahu? Adakah sang burung risau tentang apa yang bakal mereka makan setiap hari – atau dapatkah mereka makan hari ini? Adakah mereka merasa risau di mana mereka bakal tidur setiap hari – atau di mana mereka hendak tuju jika dan bila hujan mulai turun? Adakah mereka risau tentang bagaimana, dan di mana mereka hendak membuat sarangnya – atau tentang mampukah mereka memberi secukupnya makan kepada anak-anak mereka? Risau? Aduh – sang burung memulakan hari-hari mereka dengan menyanyi setiap hari – betul bukan?!! Perhatikan burung itu, dan apa yang kamu rasa burung itu faham yang kamu tidak faham?

  12. Andai hidup itu sememangnya sangat sukar dan 'mustahil', kamu tentu sudah 'putus asa' sekarang, betul? Tetapi kamu tidak. Dan jika didalam kotak fikiran kamu masih ada kemahuan, dan maka kamu, boleh berubah, harapan yang ianya akan berlaku, dan kemahuan untuk melakukan apa yang anda termampu, maka ia akan berubah… Apa pendapat kamu tentang kenyataan ini nyatakan tentang hidup, dan KAMU?
read more "12 Kata-kata Motivasi Yang Memperkasa dan Memperkaya – Tingkatkan Kekuatan Emosi dan Keyakinan Diri Anda"

Saturday, February 13, 2010

Gong Xi Fa Cai.... Aumm.....

Tiger, Gong Xi Fa Cai
Kepada semua rakan-rakan yang berbangsa Cina, saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai.

Jangan lupa bagi angpau kat saya okay. Dan selamatkan harimau kita.
read more "Gong Xi Fa Cai.... Aumm....."

Friday, February 12, 2010

Nyanyian Cengkerik - Irama Alam Yang Mendamaikan

Seekor cengkerik.
Gambar di atas adalah seekor cengkerik. Biasanya cengkerik berbunyi pada waktu malam dan haiwan ini aktif pada waktu tersebut.

Hanya cengkerik jantan sahaja yang berbunyi. Terdapat satu salur sepanjang bawah kepak cengkerik yang berbentuk seperti sikat. Bunyi cengkerik terhasil apabila bahagian atas kepak digerakkan sepanjang 'sikat' di bawah kepak yang satu lagi. Apabila cengkerik mennghasilkan bunyinya, ia juga turut membuka kepaknya ke atas, menyebabkan membran kepak tadi bertindak sebagai satu layar akustik.

Di negara kita, cengkerik tidak begitu dihargai. Di sesetengah negara, cengkerik tinggi nilainya dan dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Di China, cengkerik dianggap membawa tuah. Ada juga yang menjadikan cengkerik sebagai satu santapan makanan.

Di bawah adalah rakaman bunyi cengkerik. Mungkin audio agak perlahan jadi anda perlu tingkatkan bunyi speaker anda. Kepada mereka yang tinggal di kawasan yang tiada kedengaran bunyi cengkerik lagi, mungkin ini suatu yang baik untuk anda. Pada saya, bunyi cengkerik memang mendamaikan.



p.s.: Jangan tertukar cengkerik dengan belalang.
read more "Nyanyian Cengkerik - Irama Alam Yang Mendamaikan"

Thursday, February 4, 2010

Sel Darah Putih (Neutrofil) Mengejar Bakteria

Sel darah putih atau neutrofil sememangnya adalah pertahanan utama badan. Sel ini biasanya dijumpai dalam saluran darah.

Semasa seseorang itu mengalami bengkak, khususnya disebabkan oleh jangkitan bakteria dan sesetengah kanser, sel darah putih adalah salah satu dari penggerak balas pertama yang bergerak ke arah tempat berlakunya kebengkakan, biasanya melalui saluran darah, kemudian melalui tisu-tisu perantaraan, mengikuti isyarat kimia dalam proses yang dinamakan sebagai kemotaksis. Sel-sel darah putih adalah sel paling banyak dalam nanah yang terhasil dan ini dapat dilihat dari warnanya yang keputihan, kekuningan itu.

Bagaimana kuatnya sel darah putih (neutrofil) ini bekerja? Anda boleh lihat sendiri dalam video di bawah ini.



Sel darah putih dalam video di atas mengejar sehingga dapat menelan si bakteria jahat, melalui celah-celah sel darah merah. Hebat bukan tubuh kita?!!!
read more "Sel Darah Putih (Neutrofil) Mengejar Bakteria"
 

Terkini dari Macam-macam

Promo

Followers

Langgan Percuma Laman Ini

Mahu langganan percuma laman ini? Masukkan emel anda di bawah dan tekan 'Langgan'. Periksa emel anda selepas itu untuk pengaktifan langganan: