Friday, October 15, 2010

Godaman Kad ATM dan Tip-tip Untuk Melindungi Kad ATM Anda


Video di atas adalah video yang dirakam oleh sekumpulan penggodam kad ATM yang telah berjaya dirampas oleh pihak berkuasa di Eropah. Video menunjukkan bagaimana penjenayah tersebut memasang alat perakam ATM dan kamera tersembunyi untuk mencuri nombor PIN pengguna ATM tersebut.

Video ini dirakam dari lubang kamera tersebut yang dipasangkan pada bahagian atas mesin ATM, menunjukkan betapa senangnya untuk mendapatkan nombor PIN pengguna ATM semasa mereka memasukkannya pada papan kekunci. Namun ada beberapa pengguna yang bijak dan sedar tentang helah penggodam ini, berjaya menyelamatkan kerahsiaan PIN mereka dengan menutup papan kekunci semasa mereka menaip masuk nombor itu di mesin ATM.

Kaedah godaman ini sememangnya telah berjaya mencuri banyak nombor PIN pada mesin ATM. Penggodam memasang satu alat pembaca palsu di atas alat pembaca sebenar yang merakam nombor akaun pelanggan bank dari jalur magnetik pada kad ATM semasa pengguna memasukkan kad. Kamera kecil kemudiannya merakam nombor PIN semasa nombor itu ditaip.

Ikuti tip-tip ini untuk menggagalkan godaman kad ATM:
  • Lindungi nombor PIN anda dengan berdiri dekat dengan mesin ATM dan menutup papan kekunci dengan sebelah tangan lagi semasa memasukkan nombor PIN.
  • Periksa mesin ATM andai terdapat kelainan atau sesuatu yang janggal pada mesin itu. Cuba goyangkan slot kad. Jika terdapat sesuatu yang melekat pada slot kad atau papan kekunci, jangan gunakan mesin itu. Jangan cuba untuk buang alat yang mencurigakan tersebut.
  • Hati-hati jika ada orang yang tidak dikenali menawarkan bantuan semasa anda di mesin ATM, walaupun kad anda tersekat atau anda mengalami sedikir kesukaran, jangan biarkan sesiapa mengalih perhatian anda. Kredit: The European ATM Security Team

3 comments:

Insan said...

Pencuri zaman sekarang...licik sungguh.

pemerhati said...

ini lah cara mudah nk dapatkan duit zaman sekarang x perlu susah2 nak kerja......pi saja kat mesin.......boleh ambik duit...duit orang la....but...be carefull bro.....

Jali said...

pemerhati,

Duit haram nak buat apa. Lagi pun duit orang, orang penat lelah kerja, tapi kena curi. Kena pulak yang dicuri tu orang yang dah tentu miskin, memang kesian la sangat.

Baik kerja sapu sampah dari mencuri gini.

Post a Comment

Apa yang terlintas dalam fikiran anda?

 

Terkini dari Macam-macam

Promo

Followers

Langgan Percuma Laman Ini

Mahu langganan percuma laman ini? Masukkan emel anda di bawah dan tekan 'Langgan'. Periksa emel anda selepas itu untuk pengaktifan langganan: