12 Kata-kata Motivasi Yang Memperkasa dan Memperkaya – Tingkatkan Kekuatan Emosi dan Keyakinan Diri Anda

12 Kata-kata Motivasi Yang Memperkasa dan Memperkaya.
Apa kata-kata anda dan strategi anda bagi membina kekuatan dalaman diri anda apabila anda rasa tertekan, gagal atau lemah? Ketika anda rasa risau, rasa was-was atau tidak yakin, gementar atau takut, apa kata-kata terhadap diri anda yang anda boleh gunakan untuk menghadapi segala arus negatif dan gelap itu?

Berikut adalah 12 pilihan kata-kata motivasi, keyakinan, kekuatan dalaman dan kata-kata yang boleh menguatkan kekuatan jati diri yang dipilih dari lebih 2000 kata-kata motivasi dan semangat. Bacalah dengan mata fikiran, dan biarkan setiap satu darinya memberi kekuatan dan semangat kepada anda. Cuba hayati maknanya:

  1. Esok jadi tahun – Jika anda boleh lakukannya sekarang, ambilnya dan – Buat!

  2. Apa yang anda hendak takutkan? 'Ahh.. tidak tahulah saya boleh lakukannya atau tidak', mungkin itu yang anda kata. Baiklah. Itu bukan bermakna anda 'tidak boleh', itu hanya bermakna yang anda hanya tidak tahu bahawa anda boleh lakukannya atau tidak. Jadi bagaimana untuk tahu anda boleh buat atau tidak? Anda lakukan sahaja! Ayuh, sahabatku – Lakukannya!!

  3. Adakah kamu sebatang pokok yang memerlukan 'hutan'? Atau, kamu mahu berdiri sendirian?

  4. Di mana kamu bermula bukanlah satu isu – di mana kamu berakhir…ya.

  5. Biar diri kamu yang sebenar menyinar - "Dan diri kamu yang sebenar sedang berada di dalam hati kamu, hanya menanti waktunya untuk tampil ke depan...dan dia adalah sekuat dirinya yang bersuara itu – Bagaimana dia telah menyentuh hidup kamu, bahkan, telah menjadi hidup kamu? Jadilah diri kamu sendiri, percayakan diri kamu, dan turuti apa yang kamu rasakan dan fikirkan betul di dalam hati kamu… Kamu akan dapati kamu yang sebenar di dalam diri tidak akan sekali-kali mengecewakan kamu; dia hanya lakukan apa yang betul, dan apa yang diperlukan oleh kamu...selalu..."

  6. Kecantikan kamu juga tersemat bersama sentuhanmu, keprihatinanmu, belas kasihanmu, senyumanmu, pandanganmu yang baik dan positif yang telah kamu berikan kepada yang lain, kemahuanmu untuk melakukan sebagaimana kamu mahu diperlakukan – dan kemesraan dan kesejatian rasa yang kamu labuhkan, dan hulurkan tanpa bayaran kepada yang lain...dan kamu lihatlah sendiri, cantik bukan rupa sahaja, cantik sebenarnya datang dari jiwa.

  7. Sepanjang perjalanan ini kamu akan temui kekuatan, kamu akan temui dan bina kebolehan diri, kamu akan kenali kuasa diri dan kamu akan lebih mengenal lebih banyak tentang diri kamu. Sebagaimana perjalanan itu berterusan, begitulah juga dengan penemuannya.

  8. Gerakkan diri kamu dari dalam, dan terus gerakkannya sehinggalah kamu tiba – kerana hanya satu jalan sahaja untuk mendapatkan apa yang kamu mahukan, ia adalah dengan terus berusaha, terus 'mahu'…dan terus berjuang!

  9. Saya tidak boleh membuat kesilapan dalam saya berusaha untuk maju, meningkatkan diri, dan berjaya dengan jayanya; saya hanya membuat kesilapan, jika saya tidak membuatnya!

  10. Kamu mungkin tidak sehebat yang kamu mahukan…tetapi kamu sememangnya sudah cukup kuat SEKARANG!!

  11. Apa yang mereka tahu? Adakah sang burung risau tentang apa yang bakal mereka makan setiap hari – atau dapatkah mereka makan hari ini? Adakah mereka merasa risau di mana mereka bakal tidur setiap hari – atau di mana mereka hendak tuju jika dan bila hujan mulai turun? Adakah mereka risau tentang bagaimana, dan di mana mereka hendak membuat sarangnya – atau tentang mampukah mereka memberi secukupnya makan kepada anak-anak mereka? Risau? Aduh – sang burung memulakan hari-hari mereka dengan menyanyi setiap hari – betul bukan?!! Perhatikan burung itu, dan apa yang kamu rasa burung itu faham yang kamu tidak faham?

  12. Andai hidup itu sememangnya sangat sukar dan 'mustahil', kamu tentu sudah 'putus asa' sekarang, betul? Tetapi kamu tidak. Dan jika didalam kotak fikiran kamu masih ada kemahuan, dan maka kamu, boleh berubah, harapan yang ianya akan berlaku, dan kemahuan untuk melakukan apa yang anda termampu, maka ia akan berubah… Apa pendapat kamu tentang kenyataan ini nyatakan tentang hidup, dan KAMU?

14 comments: Nyatakan komen anda

  1. selepas hujan, mentari pasti menyinar..setiap kesusahan yang dilalui pasti ade kemudahan dan kesenangan yang menanti..

    ReplyDelete
  2. Jika anda berfikirkan kemenangan maka anda boleh melakukan & berjaya....
    Jika anda berfikirkan kekalahan maka anda akan gagal dalam kehidupan anda...
    Always think positive & don't give up...
    Malayasia boleh,kita boleh...

    ReplyDelete
  3. jika kita berusaha,kita pasti akan berjaya.
    dengan satu syarat jangan putus asa

    tolong doakan saya,saya juga ingin berjaya dlm hidup.

    saya akan berusaha supaya tidak gagal lagi.

    ReplyDelete
  4. insyaAllah, kami macam-2.com mendoakan kejayaan buat anda.

    ReplyDelete
  5. mau... kasi bikin la.. sakap x guna tembak tarak kena..

    ReplyDelete
  6. semoga semua orang mendoakan kejayaan saya! saya juga mahu berjaya!

    ReplyDelete
  7. im going to do the best..even though im not the best....

    ReplyDelete
  8. Doa jgn d lupakan bila-bila dan d mana-mana sahaja ... insyaalah setiap kesusahan akan terlerai.

    ReplyDelete
  9. aku pernah gagal utk banyak kali,.. namun sokongan org sekeliling utk memotivasikan diri ni ternyata mampu melawan kegagalan masa lalu...
    paling penting jgn lupa siapa pencipta, org tua, pendidik dan guru2, keluarga serta sahabat handai.
    insyaAllah.. ubah persepsi(kegagalan) tingkatkan prestasi (usaha kpd kejayaan)

    ReplyDelete
  10. kata2 ini telah memberi semangat utk aku berjaya....

    ReplyDelete
  11. kata2 semangat dan perangsang itu sgt penting untuk memajukan diri kita....kerana manusia bukan robot y dcipta dengan tidak mempunyai akal dan rasa...adakalanya kita rasa malas sedih kecewa dan sebagainya...kata2 perangsang dari ibu ayah keluarga dan sahabat handai penting untuk kita ambil dan dijadikan iktibar bersama.....insyaAllah dgn izinNYA kita sama2 sama2 meningkatkan prestasi diri kita :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen. Datang lagi nanti ya.

Lagi