Rahsia Senyuman Mona Lisa

Lukisan potret Mona Lisa oleh Leonardo da Vinci
Mungkin satu lukisan yang penuh misteri boleh dikatakan adalah lukisan Mona Lisa. Lukisan ini dilukis oleh pelukis terkenal Leonardo da Vinci, seorang yang telah banyak mengilhamkan ciptaan-ciptaan di luar dari zamannya. Leonardo dikatakan adalah seorang pelukis, pereka, jurutera, ahli matematik dan pelbagai lagi bidang menyebabkan ramai yang kagum.

Salah satu hasil dari da Vinci adalah lukisan Mona Lisa. Lukisan ini telah lama menarik minat saya. Saya selalu tertanya-tanya apakah kehebatan lukisan ini sehingga ianya menjadi salah satu karya agung. Ada yang mengatakan senyuman Mona Lisa ini nampak hidup. Ada juga yang mengkajinya dari sudut saintifik bagaimana Leonardo da Vinci menghasilkan lukisan ini. Ada juga yang mengkaji bahan-bahan yang digunakan oleh beliau semasa menghasilkan lukisan ini. Ada yang mengkaji dari sudut nilai kebudayaan, estetik dan juga seni lukisan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang mengaitkannya dengan perkara luar biasa seperti UFO. Pelbagai teori konspirasi dibuat yang mengaitkan perkara-perkara aneh tentang lukisan da Vinci ini. Bahkan ada yang mengatakan lukisan ini mengandungi mesej tersembunyi dari Leonardo sendiri. Tetapi apa yang jelas bagi saya ialah Mona Lisa tidak ada bulu kening. Cuba anda perhatikan.

Lukisan ini sudah berusia lebih dari 500 tahun. Ianya masih lagi dalam keadaan baik. Ia juga pernah dicuri pada 21 August 1911 semasa dipamerkan di Musée du Louvre, Paris. Pencurinya adalah pekerja muzium itu sendiri, Vincenzo Peruggia. Lukisan ini berjaya diperoleh semula apabila Peruggia tertangkap.

Bagi saya lukisan ini adalah satu hasil sejarah. Ia memberi gambaran tentang keadaan pada zaman Leonardo da Vinci terutama bagi kaum wanita. Banyak interpretasi yang boleh dibuat tentang bahasa badan Mona Lisa dalam lukisan potret tersebut.

Sebenarnya tiadapun perkara yang ajaib tentang lukisan ini. Barat memang menyanjung lukisan ini, mungkin kerana ia adalah karya dari mereka. Namun fakta yang ianya telah dihasilkan 500 tahun dahulu dengan kualiti sedemikian adalah sesuatu yang mengkagumkan. Anda bagaimana?

15 comments:

  1. yang sebenanya, ia lebih merupakan unfinished painting,mungkin jugak sekadar lukisan yang dihasilkan pada masa senggang leonardo berbanding lukisan bertemakan spiritual sepeti the last supper oleh beliau yang nyata lebih bernilai....mungkin juga lukisan yang terhasil dari inspirasi semata2....tiada apa yang lebin hebat melainkan lukisan ini telah dihasilkan lebih 500 tahun lalu oleh seseorang yang bernama Leonardo Da Vinci....itu saja...Sedangkan renaissance adalah zaman perubahan eropah yang memperlihatkan peralihan kecerdikan mereka dalam segenap ilmu, maka perlulah mereka ada satu icon yang turut sama memperlihatkan kehebatan mereka dalam bidang seni.....maka m.lisa adalah jawapannya....

    ReplyDelete
  2. sebenarnya..
    monalisa ialah Leonardo da Vinci.!!
    itu pun sy terbaca satu artikel ttg lukisan monalisa ini merupakan wajah Leonardo Da Vinci yg diubah menjadi perempuan.tidak tahu sejauh mna kesahihannya...

    ReplyDelete
  3. monalisa itu sebenarnya datangnya dari pelukis yang melukis potret tanpa menggunakan cecair yang berwarna..oleh itu,pelbagai reaksi pengunjung akan dapat dilihat apabila pengunjung berada dalah posisi yg berlainan ketika melihat potret tersebut..hasil daripada pengumpulan pemberian alam nieserap kedalam potret ini yang merupakan anak gadis da vinci yang meninggal dunia akibat sakit yang tidak dapat dikenal pasti kesahsihannya..yang pasti itu larh anak gadis da vinci yang hidup bersama potret ayahnya itu..itu larh yang menjadi misteri potert tersebut..

    ReplyDelete
  4. emang rahasia apa sih yg ada dalam senyuman monalisa?
    ko senyuman monalisa mmbuat orang penasaran?

    ReplyDelete
  5. lukisan monalisa ni saya nampak ada banyak angka-angka dan huruf di mukanya........daripada angelina goh...

    ReplyDelete
  6. sebenarnya rasianya potret nie baru je terbonkar..baru2 nie sy tgk dlm rancangan tv di astro..org putih dah ambil gambar dia yg ori pas tue wat kajian.setelah mengunakan kanta baru boleh nampak di kedua2 matanya mempunyai anka number yg berlainan..setelah bertahun2 lamanya baru lah terbonkar rahsia nie..

    ReplyDelete
  7. ia jadi berharga kerana umur lukisan ini yg telah mencecah ratusan tahun.

    ReplyDelete
  8. saya memang tertarik tentang lukisan unik monalisa ini kerana ia menyingkap banyak info sejarah.. cuma.. masih banyak misteri yg diperkatakan tentang keadaan struktur dan kod tersembunyi pada lukisan monalisa..

    ReplyDelete
  9. bukan itu sahaja.. ada persepsi yang mengatakan leonarda da vincci melukis potret tersebut kerana untuk menggambarkan dirinya dalam rupa wanita.. saya perlukan sejauh manakah kebenaran fakta ini..

    ReplyDelete
  10. tah la...rasa2nya gambaran saja kot...lagi pun dia yg lukis..dia yg tahu asal usul smua itu..^_^

    ReplyDelete
  11. ada yg kata monalisa ni sebenarnya anak raja potret ni dilukis semasa leonardo kerja ngan ayah monalisa bnyak crita pasal monalisa nii tapi apa apa pon saya tertarik lam bdang kaji mengkaji ni

    ReplyDelete
  12. apa yang ada pada potret ini..anda nak tahu?jika anda hendak tahu...pergilah ke muzium yang menyimpan potret itu...dan anda akan tahu kepana nilai potret itu begitu tinggi...

    ReplyDelete
  13. ada yang kata potret ini menggambarkan Leornado da Vinci sendiri sebagai perempuan ada yang kata lukisan wajah anak perempuannya dan mcm-mcm lagi.di bahagian belakang nya terdapat bnyk gambaran aneh. seperti lukisan jambatan dan mcm2 lg.saya sangat kagum dengan potret yng berusia 500 tahun ini, masih utuh.Leonardo da Vinci sangat berbakat dan saya pasti ada sesuatu yang disembunyikan disebalik potret misteri ini.....

    ReplyDelete
  14. yg penting...senyuman itu sedekah

    ReplyDelete