Thursday, December 31, 2009

Resolusi Tahun Baru 2010

Cepat sungguh masa berlalu. Sekelip mata sahaja rasanya 2009 bermula dan berakhir. Begitulah masa. Beredar tanpa henti, tanpa menghiraukan apa dan sesiapa sahaja. Menjadikan masa sesuatu yang amat berharga, lebih berharga dari wang ringgit, dolar, sterling, emas, intan dan sebagainya. Sehingga Allah berfirman dalam surah al-Asr 'Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian'. Benarlah kata-kata Allah ini. Sehebat mana manusia itu sekalipun, masa adalah sesuatu yang tidak dapat dimilikinya, dan manusia tidak dapat menghentikan masa dan mengubah masa.

2009 telah menghidangkan kita dengan pelbagai peristiwa. Tahun ini juga dikatakan tahun ekonomi sedang menyembuhkan dirinya.Saya tidak mahu bercerita peristiwa-peristiwa 2009.

Sepanjang 2009, apa yang telah kita capai? Adakah kita berjaya menjadi manusia yang lebih baik dan berguna pada insan lain dan alam? Atau hanya statik pada tempat yang sama? Atau lebih teruk? Tahun 2009 pasti ada pencapaian yang kita capai, walau tidak kita dalam apa bidang yang kita ceburi. Saya yakin kita semua telah menjadi insan yang lebih baik dari tahun lepas, walaupun kadang-kadang ada kegagalan dan ranjau yang kita tempuhi.

Berbalik kepada tajuk, resolusi 2010, apa resolusi kita? Jika tidak tahu mana untuk bermula, fikirkan langkah ini.

  1. Mulakan dengan langkah-langkah kecil sahaja seperti berhenti merokok, kurangkan makanan bergula, solat awal waktu dan sebagainya.
  2. Tetapkan satu matlamat jangka panjang yang ingin anda capai, kemudian atur strategi dan langkah-langkah anda untuk capai matlamat anda.
  3. Tetapkan masa dan waktu untuk capai setiap langkah-langkah kecil tersebut.
  4. Tuliskan dalam diari anda.
  5. Dapatkan sokongan. Jangan keberatan untuk berkongsi dengan keluarga dan orang terdekat dengan anda. Mereka gembira untuk membantu anda.
  6. Rahsiakan daripada faktor yang boleh menggagalkan anda.
Baiklah, apa resolusi saya? Saya mudah saja, untuk blog ini saya mahu tingkatkan bilangan pelawat dan pelanggannya. Saya juga mahu jadikan blog ini berguna untuk semua dan ada manfaat. Saya juga mahu tingkatkan bilangan pelawat yang meninggalkan pendapat dan komen mereka. Mungkin anda boleh bantu saya untuk ini. Dalam lapangan lain, saya rasa itu agak peribadi untuk ditulis secara terbuka di dalam blog.

Kepada semua pelawat dan mereka yang melanggan laman blog saya yang tidak sepertinya ini, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan saya sangat menghargainya. Lebih berharga lagi sekiranya ianya memberi manfaat kepada anda. Sesungguhnya anda semualah nadi untuk saya hidupkan laman ini.

Okay, apa pula resolusi anda, azam anda dan strategi anda? Teruskan berusaha, berpantang ajal sebelum maut, pasti kita semua akan berjaya. Selamat tahun baru 2010.
read more "Resolusi Tahun Baru 2010"

Sunday, December 20, 2009

Kembara ke Matahari

Kembara ke matahari.
Alkisah empat orang budak yang mahu pergi ke matahari.

“Berapa lama baru kita sampai ke matahari?” tanya Izan, yang baru berusia 7 tahun, dan juga Jojet, 12 tahun semasa mereka sedang bermain-main. Ijoi, juga berusia 7 tahun mencadangkan agar mereka menaiki kereta sport yang laju dan Nina, 4 tahun, dengan pantas bersetuju dengan cadangan Ijoi itu.

Shaari, seorang lelaki yang boleh dikatakan sudah separuh abad, juga seorang jurutera yang sudah biasa membuat pengiraan tentang jarak dan masa, mula mencongak. “Hmm… matahari jaraknya ialah lebih kurang 150 juta kilometer dari bumi. Jadi, kalau kita memandu kereta kita dengan kelajuan 150 kilometer sejam, perjalanan kita hanya akan memakan masa 1 juta jam sahaja.”

“Oh begitu” jawab Izan, matanya bersinar ceria, kerana mahu ke matahari.

Berapa lamakah sebenarnya satu juta jam? Satu tahun dalam bilangan jam ialah 365 hari didarab dengan 24 jam sehari, menghasilkan 8,760 jam. Satu tahun ialah 8,760 jam. Maka seratus tahun adalah 876,000 jam, dan mereka masih lagi tidak mencecah 1 juta jam perjalanan untuk sampai ke destinasi mereka, matahari, dalam masa 100 tahun perjalanan. Jadi matahari adalah sememangnya sangat jauh. Pun begitu, sinaran matahari masih menyakitkan mata kita apabila kita melihatnya.

Nina sedikit pun tidak kagum dengan perkara itu. Namun dia pasti akan mengerti apabila dia meningkat dewasa kelak.
read more "Kembara ke Matahari"

Friday, December 18, 2009

Bulan Kita Yang Cantik (Foto Definisi Tinggi)

Semasa melaksanakan misinya, kapal angkasa Galileo telah menghantar pulang beberapa kepingan imej satu-satunya satelit semulajadi bumi iaitu bulan. Kapal Galileo telah meninjau bulan pada 7 Disember 1992, semasa perjalanannya untuk menjelajah sistem planet Musytari dalam tahun 1995-1997.

Bulan Bumi


Bulan bumi.
Imej-imej berwarna berbentuk mozaik yang terdiri daripada 18 imej kesemuanya telah diambil oleh sistem pengimejan Galileo melalui satu penapis hijau. Imej-imej ini kemudian dicantumkan menjadi foto di atas. Berdasarkan foto ini, bahagian kiri atas adalah Mare Imbrium yang gelap dan berisi lava, Mare Serenitatis (pada bahagian kiri tengah), Mare Tranquillitatis (bahagian kiri bawah), dan Mare Crisium, iaitu bahagian bulat gelap yang mengarah ke bawah dalam foto. Juga dapat dilihat dalam foto adalah dataran-dataran lava hitam lembah Marginis dan Smythii pada bahagian bawah kanan. Lembah Humboldtianum, satu struktur hentaman bersaiz 400-batu sebahagiannya terisi dengan deposit gelap volkanik, dapat dilihat pada bahagian tengah foto. Klik di sini untuk lihat bulan dalam definisi tinggi. Kredit imej: NASA/JPL/USGS
read more "Bulan Kita Yang Cantik (Foto Definisi Tinggi)"

Thursday, December 17, 2009

Tahniah Bola Sepak Malaysia, Malaysia Juara Bola Sepak Sukan SEA XXV

Sekalung tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang telah menamatkan kemarau emas selama 20 tahun dalam temasya Sukan SEA XXV di Vientiane, Laos hari ini.

Jaringan gol sendiri pemain Vietnam selepas tolakan Norshahrul Idlan Talaha memberikan peluang untuk Malaysia memperoleh emas dalam acara akhir bola sepak lelaki Sukan SEA kali ini.

Kali terakhir skuad negara menang emas ialah di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 1989.

Diharapkan kemenangan ini menjadi titik tolak kebangkitan semula Malaysia dalam arena bola sepak. Buat K. Rajagopal dan semua pemain pasukan bola sepak Malaysia, tahniah. Anda semua telah mengembirakan semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. :)
read more "Tahniah Bola Sepak Malaysia, Malaysia Juara Bola Sepak Sukan SEA XXV"

Tuesday, December 15, 2009

Bahasa-bahasa Kera Mengikut Kajian Saintifik

Seekor kera.Bahasa manusia telah berkembang maju sejak berabad lamanya. Namun tahukah anda bahawa spesis kera juga mempunyai bahasa-bahasa mereka yang tersendiri.

Baru-baru ini sekumpulan saintis telah menjalankan kajian terhadap kera spesis Campbell (Cercopithecus campbelli campbelli). Hasil dari kajian ini mereka telah mendapati kera mempunyai bahasa sendiri untuk berkomunikasi dengan ahli kumpulan mereka terutama untuk memberi amaran kepada ahli-ahli kumpulan mereka mengenai ancaman dari haiwan-haiwan pemangsa seperti harimau, helang, harimau bintang dan sebagainya.

Kajian yang dijalankan di Taï National Park ini menguatkan lagi pendapat bahawa haiwan juga berbahasa. Namun bahasa yang digunakan kumpulan kera ini hanya berbentuk panggilan atau bunyi yang ada maksud tertentu. Bukanlah bermaksud kera-kera ini boleh berbual-bual sebagaimana manusia.

Anda boleh dengar bahasa-bahasa kera beserta dengan maksudnya dalam audio di bawah:

Bunyi "Hok" hampir secara khusus dikaitkan dengan kehadiran burung helang.


Bunyi "Hok-oo" dibuat apabila ada gangguan dalam kawasan pokok-pokok mereka, termasuklah gangguan burung helang, kehadiran kumpulan-kumpulan kera lain, dan kadang-kadang terhadap tupai terbang. Ketika membuat bunyi ini, kera jantan akan membuat kedudukan seperti mengancam, sambil mengelip-ngelipkan matanya, adakala diikuti dengan terkaman pendek ke arah gangguan.


Bunyi "Krak" dibuat setelah harimau bintang dikesan.


Bunyi "Krak-oo" berfungsi sebagai amaran umum dan boleh diberi kepada hampir semua gangguan.


Bunyi "Boom" dibuat terhadap perkara yang bukan memangsakan kumpulan kera ini, seperti ada dahan patah atau pokok tumbang, untuk memulakan atau menghentikan perjalanan kumpulannya dan semasa pertikaian dengan kumpulan jiran/lain.


Bagaimana ini berguna untuk anda? Mungkin jika kawasan perumahan anda ada banyak kera anda boleh gunakan bunyi-bunyi ini untuk menakut-nakutkan mereka. :)
read more "Bahasa-bahasa Kera Mengikut Kajian Saintifik"

Monday, December 14, 2009

Ilusi Optik, Tompokan Warna Yang Menghilang

Ini ada satu ilusi optik buat anda. Perhatikan tulisan di dalam grafik di bawah. Cuba tenungkannya lama-lama. Lebih lama lebih baik.

Ilusi optik: Tompokan-tompokan yang Menghilang
Apa yang terjadi? Menarik bukan?
read more "Ilusi Optik, Tompokan Warna Yang Menghilang"

Tuesday, December 8, 2009

Jadikan Audio Winamp Anda Lebih Sedap

Listening to music.
Perisian winamp memang sudah tidak asing lagi kepada semua terutama mereka yang gemarkan mendengar muzik atau apa saja dalam bentuk audio. Winamp boleh memainkan pelbagai format bunyi dan sudah terbukti merupakan salah satu pemain audio terunggul dalam dunia media komputer.

Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya kualiti bunyi dari perisian winamp ini boleh dipertingkatkan lagi. Bagaimanakah caranya?

Anda boleh masukkan (install) plug-in lain kepada winamp anda. Contohnya plug-in MAD MP3 Decoder ini. MAD boleh memberi penguraian isyarat audio yang lebih jitu. Ia juga menyokong persampelan frekuensi yang lebih rendah. Ini memberi bunyi gema bass yang lebih dalam dan sedap.

Anda juga boleh menambah plugin DSP lain seperti AndrewLabs ATSurround yang memberi kesan bunyi sekeliling yang sedap didengar. Plug-in juga menyokong sepenuhnya sistem bunyi 5.1, jadi anda akan dapat menggunakan sepenuhnya kuasa pada sistem audio anda. AndrewLabs ATSurround juga akan menghasilkan bunyi seperti bunyi itu dihasilkan benar-benar dari sumber bunyi sebenar dan dalam arahnya terutama apabila anda menggunakan headphone. Ini memang meningkatkan lagi pengalaman menonton video pada komputer anda. Anda boleh lihat sendiri banyak lagi plugin-plugin untuk winamp di laman plugin winamp.

Satu lagi cara untuk meningkatkan kualiti bunyi audio anda dengan winamp adalah dengan menukar cara audio anda dihasilkan oleh komputer anda. Ada dua cara yang utama iaitu keluaran wave (wave output) dan keluaran terus (direct output). Sesetengah perkakasan audio komputer berfungsi lebih baik dengan wave output ini. Untuk menukarkan cara pengeluaran bunyi ini pergi ke 'Option' - 'Preference' - 'Plug-ins' seterusnya 'output'. Pilih waveout. Kemudian restart komputer anda. kredit foto - andronicusmax
read more "Jadikan Audio Winamp Anda Lebih Sedap"

Sunday, December 6, 2009

Rahsia Keperibadian Di Sebalik Alamat e-mel Seseorang

Artikel di bawah cuba menyingkap tentang rahsia keperibadian seseorang melalui emel yang digunakannya. Mari kawan-kawan kita baca artikel ini untuk mengetahui sangkut pautnya rahsia keperibadian seseorang tersebut melalui alamat emel orang itu... Ini hanya untuk suka-suka sahaja... Jangan percaya sangat.

Nama Penuh
contoh : azrulsallehmdamin@yahoo.com
Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya. Tapi ingat, jangan cuba hendak memperlekehkannya.

Nama Depan Dan Tengah
etc : azrulsalleh@yahoo.com
Tanpa nama bapanya ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama Dan Tahun
etc : azrulsalleh2009@yahoo.com
Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan. Pendek kata dia juga menunjukkan pegangan yang mudah berubah-ubah.

Nama Samaran
etc : sikacaklagihensem@yahoo.com
Hehehe... ramai yang suka buat email begini.. Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya. Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.

Nombor Dan Abjad
etc : klm567@yahoo.com
Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu "membuka" dirinya kepada seseorang. Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak ... kirim salam sahajalah..

Okay.. perhatikan alamat emel anda. Bagaimanakah dengan peribadi anda? Kenakah dengan perkara yang dinyatakan diatas. Sekali lagi saya ingatkan, jangan percaya bulat-bulat perkara ini. Anggap untuk suka-suka sahaja. :)

Pelbagai rahsia lagi dalam:
read more "Rahsia Keperibadian Di Sebalik Alamat e-mel Seseorang"

Saturday, December 5, 2009

Ini Kera Duku

Kera duku. Tarsiers.Ini adalah seorang kera. Ya kera. Di tempat saya ia dipanggil kera duku.

Saiznya sangat kecil, besar sikit dari tangan. Haiwan ini agak perlahan dan senyap, mungkin ada yang pernah bela haiwan ini. Dalam bahasa Inggeris haiwan kerdil ini dipanggil tarsier.

Kera duku atau tarsier ini adalah antara haiwan primat yang paling kecil di dunia. Haiwan ini bersifat nokturnal. Jadi ia agak kurang aktif pada waktu siang. Kera duku makan serangga dan haiwan-haiwan kecil yang lain seperti cicak, burung kecil dan sebagainya.

Video:


Kera duku dikategorikan di bawah haiwan terancam dan dilindungi sepenuhnya di Malaysia. Jika dulu banyak didapati hingga boleh dijadikan haiwan peliharaan, sekarang sudah jarang kita temui. Jangan biarkan haiwan kecil dan comel ini pupus dari bumi kita.
read more "Ini Kera Duku"

Friday, December 4, 2009

Elak Kecurian Identiti: Halang - Kesan - Cegah - Lawan

Elak Kecurian Identiti.Mencuri identiti adalah satu jenayah serius. Ianya berlaku apabila maklumat peribadi anda dicuri dan digunakan tanpa pengetahuan anda untuk melakukan penipuan atau jenayah lain. Kecurian identiti boleh merugikan masa dan wang anda. Ia boleh memusnahkan kredit anda dan merosakkan nama baik anda.

Halang


Halang kecurian identiti dengan menjaga maklumat anda.

. Koyakkan atau gunakan mesin pengoyak (shredder) untuk menghapuskan dokumen kewangan dan kertas-kertas yang mengandungi maklumat peribadi sebelum anda membuangkannya.

. Jangan beri maklumat melalui telefon, surat, atau internet kecuali anda tahu dengan siapa anda sedang berurusan.

. Jangan sesekali klik pada pautan dalam emel yang anda tidak minta; sebaliknya, taip alamat laman web yang anda tahu. Gunakan perisian firewall, anti-virus dan anti-spyware untuk melindungi komputer rumah anda, dan sentiasa kemas kinikan mereka.

. Jangan gunakan kata laluan yang jelas seperti tarikh lahir anda, nama ibu anda atau nombor kad pengenalan anda.

. Simpan maklumat peribadi anda di dalam tempat yang selamat di rumah, terutamanya jika anda tinggal bersama orang lain, rakan-rakan, atau ada kerja-kerja sedang dijalankan di rumah anda.

Kesan


Kesan sebarang aktiviti mencurigakan dengan sentiasa memantau akaun kewangan anda dan kenyataan bil-bil anda.

Awas terhadap tanda-tanda yang memerlukan perhatian segera:
  • Bil-bil yang tidak sampai seperti yang dijangkakan
  • Kenyataan kad kredit atau akaun yang tidak dijangkakan
  • Penafian terhadap kredit tanpa sebab yang jelas
  • Panggilan-panggilan telefon atau surat-surat pembelian yang anda tidak pernah buat
Periksa:
. Laporan kredit anda. Laporan kredit mengandungi maklumat tentang anda, termasuk apa akaun yang anda ada dan sejarah pembayaran bil anda.
. Kenyataan kewangan anda. Sentiasa periksa kenyataan bil dan akaun kewangan anda, bagi mencari caj-caj yang anda tidak pernah buat.

Pertahan


Pertahankan diri terhadap kecurian identiti sebaik sahaja anda mencurigainya.

. Letakkan satu “Penggera Penipuan” pada laporan kredit anda dan semak laporan tersebut dengan berhati-hati. Beritahu kreditor anda tentang ini. Kreditor anda akan mengikuti beberapa prosedur sebelum mereka membuka akaun atas nama anda atau melakukan perubahan kepada akaun sedia ada anda.

Minta laporan kredit anda. Cari sebarang permintaan atau permohonan dari syarikat-syarikat yang anda tidak pernah hubungi, akaun-akaun yang anda tidak pernah buka, dan hutang-hutang dalam akaun-akaun anda yang anda tidak tahu.

. Tutup akaun. Tutup sebarang akaun yang telah rosak oleh atau dibuka secara penipuan.
  • Telefon bahagian keselamatan atau jabatan penipuan bagi setiap syarikat di mana akaun telah dibuka atau diubah tanpa persetujuan anda. Ikuti dengan surat, bersama dengan salinan dokumen-dokumen yang boleh menyokong.
  • Minta pengesahan bahawa akaun yang dipertikaikan telah ditutup dan hutang-hutang palsu atau tidak sah anda telah dihapuskan.
  • Simpan salinan dokumen-dokumen dan rakamkan perbualan anda tentang kecurian tersebut.
. Failkan laporan polis. Failkan satu laporan dengan pegawai-pegawai penguatkuasaan undang-undang untuk membantu anda menghadapi kreditor-kreditor yang mungkin mahukan bukti jenayah tersebut.

Cara-cara Biasa Kecurian Identiti Dilakukan:


Pencuri identiti yang handal menggunakan pelbagai cara untuk mencuri maklumat peribadi anda, termasuklah:
  1. Menyelongkar sampah sarap. Mereka menyelongkar sampah sarap untuk mencari bil-bil atau kertas-kertas lain yang ada maklumat peribadi anda padanya.
  2. Mencedok. Mereka mencuri nombor kad kredit/debit menggunakan alat penyimpan khas ketika memproses kad anda.
  3. 'Phishing'. Mereka menyamar sebagai institusi kewangan atau syarikat-syarikat dan menghantar emel spam atau mesej pop-up bagi memerangkap anda untuk mendedahkan maklumat peribadi anda.
  4. Menukar Alamat Anda. Mereka melencongkan kenyataan-kenyataan bil anda kepada lokasi lain dengan mengisi ruangan ‘pertukaran alamat / change of address’ pada surat.
  5. ‘Gaya Lama’. Mereka mencuri dompet dan beg tangan, surat termasuklah kenyataan bank dan kad kredit; tawaran kredit pra-lulus, cek-cek baru atau maklumat cukai. Mereka mencuri rekod peribadi dari majikan, atau merasuah pekerja lain yang ada akses.

Pautan-pautan berguna:
read more "Elak Kecurian Identiti: Halang - Kesan - Cegah - Lawan"

Wednesday, December 2, 2009

Mike Tyson Bercakap Tentang Kematian Anaknya Dengan Oprah

Dalam satu temubual rancangan Oprah Winfrey Show, Mike Tyson, yang pernah terkenal dengan gelaran juara tinju heavyweight serta pernah menamatkan perlawanan kontroversi dengan menggigit telinga lawannya, Evander Holyfield, berbicara tentang kehilangan anak perempuannya Exodus yang berumur 4 tahun dalam satu kemalangan yang mengerikan tahun lepas.

Dengan nada tersekat-sekat, Tyson menyatakan bahawa dia 'tidak mahu tahu' apa yang telah berlaku terhadap anaknya, yang juga 'bidadari' dan hartanya yang paling berharga. Dia tidak mahu kembali ke jalan lama hidupnya.

Dalam temubual ini juga, Tyson tidak kelihatan seperti Tyson yang dulu lagi, ada sedikit ketokohan terpancar dari dalam dirinya. Mungkin bekas dari seorang juara. Ikuti luahan beliau dalam video ini:

read more "Mike Tyson Bercakap Tentang Kematian Anaknya Dengan Oprah"

Foto-foto Menarik dari Pertandingan Fotografi Antarabangsa National Geographic

Ini adalah antara gambar-gambar dari Pertandingan Fotografi Antarabangsa National Geographic 2009 (National Geographic's International Photography Contest 2009), klik untuk besarkan gambar:

Nazru, seorang mahut (pemandu gajah), bersama gajahnya Rajan menyeberang lautan di Kepulauan Andaman.
Nazru, seorang mahut (pemandu gajah), bersama gajahnya Rajan menyeberang lautan di Kepulauan Andaman. Foto oleh Cesare Naldi.


Pasangan warga emas bersama padang barli mereka yang baru dituai. Pasangan ini sudah berkahwin selama 60 tahun.
Pasangan warga emas bersama padang barli mereka yang baru dituai. Pasangan ini sudah berkahwin selama 60 tahun. Foto oleh Gemma Collier.


David Hanson meniti sebatang balak yang tumbang di bawah bayangan pokok-pokok yang tinggi di Washington's Olympic National Park.
David Hanson meniti sebatang balak yang tumbang di bawah bayangan pokok-pokok yang tinggi di Washington's Olympic National Park. Foto oleh Michael Hanson.


Andrew dan rakannya, seekor paus bernama Scar, berenang bersama di pesisir barat Dominica.
Andrew dan rakannya, seekor paus bernama Scar, berenang bersama di pesisir barat Dominica. Kedua-duanya menjadi 'sahabat' setelah Andrew menyelamatkan nyawa Scar. Foto oleh Peter Allinson.

Lagi foto-foto menarik di National Geographic's International Photography Contest 2009
read more "Foto-foto Menarik dari Pertandingan Fotografi Antarabangsa National Geographic"

Tuesday, December 1, 2009

4 Langkah Bagaimana untuk Membuat Panggilan Telefon yang Lebih Meyakinkan

A lady is in a business callSeorang wanita sedang bercakap dengan yakin di telefon. -foto oleh Inno'vision

Hampir 80 peratus mereka yang bekerja lebih gemar menggunakan emel berbanding dengan panggilan telefon. “Orang takut membuat panggilan telefon kerana mereka merasakan seperti mereka berada di situ,” kata Richard Weylman, seorang konsultan perniagaan dan penulis buku Opening Closed Doors, “tapi anda akan mendapat lebih perhatian berbanding dengan emel.” Beberapa cara panggilan telefon yang efektif yang boleh memberi keyakinan terhadap diri anda adalah:

Berdiri
Suara anda akan lebih bertenaga. Organisasi seperti Bloomberg menggalakkan para penjual supaya berdiri sebelum membuat panggilan telefon.

Jangan pegang telefon terlalu rapat
Sebaliknya, pegangnya lapan sentimeter dari mulut anda. Suara anda jadi lebih jelas dan berbunyi seperti anda berada bersama dengan orang tersebut.

Hanya Bercakap Sahaja
Jangan gunakan telefon semasa anda membuka emel, surat atau sedang membuat kerja lain. Bukan sahaja ianya jelas kepada orang yang anda sedang bercakap yang anda tidak dapat memberi sepenuh perhatian, tetapi membuat banyak kerja dalam satu masa mengurangkan keupayaan anda untuk mendengar dan memberi perhatian semasa bertelefon.

Berhenti seketika
Apabila anda tersasul, hilang idea atau tergagap, berhentilah bercakap dan ambil masa untuk cari semula idea atau keyakinan. Senyap adalah lebih baik dari emm, errrr dan sebagainya kerana ianya memberi gambaran seseorang itu sedang berfikir, bukan sedang bingung.
read more "4 Langkah Bagaimana untuk Membuat Panggilan Telefon yang Lebih Meyakinkan"
 

Terkini dari Macam-macam

Promo

Followers

Langgan Percuma Laman Ini

Mahu langganan percuma laman ini? Masukkan emel anda di bawah dan tekan 'Langgan'. Periksa emel anda selepas itu untuk pengaktifan langganan: