2009 telah menghidangkan kita dengan pelbagai peristiwa. Tahun ini juga dikatakan tahun ekonomi sedang menyembuhkan dirinya.Saya tidak mahu bercerita peristiwa-peristiwa 2009.
Sepanjang 2009, apa yang telah kita capai? Adakah kita berjaya menjadi manusia yang lebih baik dan berguna pada insan lain dan alam? Atau hanya statik pada tempat yang sama? Atau lebih teruk? Tahun 2009 pasti ada pencapaian yang kita capai, walau tidak kita dalam apa bidang yang kita ceburi. Saya yakin kita semua telah menjadi insan yang lebih baik dari tahun lepas, walaupun kadang-kadang ada kegagalan dan ranjau yang kita tempuhi.
Berbalik kepada tajuk, resolusi 2010, apa resolusi kita? Jika tidak tahu mana untuk bermula, fikirkan langkah ini.
- Mulakan dengan langkah-langkah kecil sahaja seperti berhenti merokok, kurangkan makanan bergula, solat awal waktu dan sebagainya.
- Tetapkan satu matlamat jangka panjang yang ingin anda capai, kemudian atur strategi dan langkah-langkah anda untuk capai matlamat anda.
- Tetapkan masa dan waktu untuk capai setiap langkah-langkah kecil tersebut.
- Tuliskan dalam diari anda.
- Dapatkan sokongan. Jangan keberatan untuk berkongsi dengan keluarga dan orang terdekat dengan anda. Mereka gembira untuk membantu anda.
- Rahsiakan daripada faktor yang boleh menggagalkan anda.
Kepada semua pelawat dan mereka yang melanggan laman blog saya yang tidak sepertinya ini, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan saya sangat menghargainya. Lebih berharga lagi sekiranya ianya memberi manfaat kepada anda. Sesungguhnya anda semualah nadi untuk saya hidupkan laman ini.
Okay, apa pula resolusi anda, azam anda dan strategi anda? Teruskan berusaha, berpantang ajal sebelum maut, pasti kita semua akan berjaya. Selamat tahun baru 2010.













0 comments:
Post a Comment
Apa yang terlintas dalam fikiran anda?