Jadikan Audio Winamp Anda Lebih Sedap

Listening to music.
Perisian winamp memang sudah tidak asing lagi kepada semua terutama mereka yang gemarkan mendengar muzik atau apa saja dalam bentuk audio. Winamp boleh memainkan pelbagai format bunyi dan sudah terbukti merupakan salah satu pemain audio terunggul dalam dunia media komputer.

Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya kualiti bunyi dari perisian winamp ini boleh dipertingkatkan lagi. Bagaimanakah caranya?

Anda boleh masukkan (install) plug-in lain kepada winamp anda. Contohnya plug-in MAD MP3 Decoder ini. MAD boleh memberi penguraian isyarat audio yang lebih jitu. Ia juga menyokong persampelan frekuensi yang lebih rendah. Ini memberi bunyi gema bass yang lebih dalam dan sedap.

Anda juga boleh menambah plugin DSP lain seperti AndrewLabs ATSurround yang memberi kesan bunyi sekeliling yang sedap didengar. Plug-in juga menyokong sepenuhnya sistem bunyi 5.1, jadi anda akan dapat menggunakan sepenuhnya kuasa pada sistem audio anda. AndrewLabs ATSurround juga akan menghasilkan bunyi seperti bunyi itu dihasilkan benar-benar dari sumber bunyi sebenar dan dalam arahnya terutama apabila anda menggunakan headphone. Ini memang meningkatkan lagi pengalaman menonton video pada komputer anda. Anda boleh lihat sendiri banyak lagi plugin-plugin untuk winamp di laman plugin winamp.

Satu lagi cara untuk meningkatkan kualiti bunyi audio anda dengan winamp adalah dengan menukar cara audio anda dihasilkan oleh komputer anda. Ada dua cara yang utama iaitu keluaran wave (wave output) dan keluaran terus (direct output). Sesetengah perkakasan audio komputer berfungsi lebih baik dengan wave output ini. Untuk menukarkan cara pengeluaran bunyi ini pergi ke 'Option' - 'Preference' - 'Plug-ins' seterusnya 'output'. Pilih waveout. Kemudian restart komputer anda. kredit foto - andronicusmax

No comments:

Post a Comment