Bahasa-bahasa Kera Mengikut Kajian Saintifik

Seekor kera.Bahasa manusia telah berkembang maju sejak berabad lamanya. Namun tahukah anda bahawa spesis kera juga mempunyai bahasa-bahasa mereka yang tersendiri.

Baru-baru ini sekumpulan saintis telah menjalankan kajian terhadap kera spesis Campbell (Cercopithecus campbelli campbelli). Hasil dari kajian ini mereka telah mendapati kera mempunyai bahasa sendiri untuk berkomunikasi dengan ahli kumpulan mereka terutama untuk memberi amaran kepada ahli-ahli kumpulan mereka mengenai ancaman dari haiwan-haiwan pemangsa seperti harimau, helang, harimau bintang dan sebagainya.

Kajian yang dijalankan di Taï National Park ini menguatkan lagi pendapat bahawa haiwan juga berbahasa. Namun bahasa yang digunakan kumpulan kera ini hanya berbentuk panggilan atau bunyi yang ada maksud tertentu. Bukanlah bermaksud kera-kera ini boleh berbual-bual sebagaimana manusia.

Anda boleh dengar bahasa-bahasa kera beserta dengan maksudnya dalam audio di bawah:

Bunyi "Hok" hampir secara khusus dikaitkan dengan kehadiran burung helang.


Bunyi "Hok-oo" dibuat apabila ada gangguan dalam kawasan pokok-pokok mereka, termasuklah gangguan burung helang, kehadiran kumpulan-kumpulan kera lain, dan kadang-kadang terhadap tupai terbang. Ketika membuat bunyi ini, kera jantan akan membuat kedudukan seperti mengancam, sambil mengelip-ngelipkan matanya, adakala diikuti dengan terkaman pendek ke arah gangguan.


Bunyi "Krak" dibuat setelah harimau bintang dikesan.


Bunyi "Krak-oo" berfungsi sebagai amaran umum dan boleh diberi kepada hampir semua gangguan.


Bunyi "Boom" dibuat terhadap perkara yang bukan memangsakan kumpulan kera ini, seperti ada dahan patah atau pokok tumbang, untuk memulakan atau menghentikan perjalanan kumpulannya dan semasa pertikaian dengan kumpulan jiran/lain.


Bagaimana ini berguna untuk anda? Mungkin jika kawasan perumahan anda ada banyak kera anda boleh gunakan bunyi-bunyi ini untuk menakut-nakutkan mereka. :)

No comments:

Post a Comment