Rahsia-rahsia Mendapatkan Pekerjaan dari Orang Dalaman

Ketika sedang sibuk mengejar pekerjaan, untuk mendapat komen dari pengurus untuk menyatakan mengapa anda tidak diambil bekerja adalah semudah untuk mendapat kerja tersebut sebenarnya. Akan tetapi satu daripada perkara yang terbaik yang anda boleh lakukan ialah melihat percarian kerja anda dengan pandangan yang kritikal:
- Adakah resume anda adalah satu iklan yang baik untuk kemahiran-kemahiran anda ada?
- Adakah anda tabiat menggigit-gigit jari anda memadamkan minat bakal majikan anda?
- Adakah anda cenderung membuatkan penemuduga-penemuduga anda berasa sedikit cemas?

Tahniah! Anda mendapat kerja itu.Beberapa daripada perkara-perkara penting dalam satu pencarian kerja yang berjaya adalah butiran dan perincian. Ini adalah sembilan tip untuk diikuti dan butiran untuk dipertimbangkan, yang telah ditawarkan oleh beberapa orang pakar: pengurus pengambilan pekerja, eksekutif-eksekutif, pengurus sumber manusia, dan jurulatih kerjaya:

Perbaiki surat iringan anda: Andaikan anda seorang pengurus, dan anda sedang meneliti satu timbunan resume. Anda tiada masa untuk melihat surat iringan, dan apabila anda ada dan baca, ianya seperti telah ditulis oleh seseorang yang hanya tahu nama syarikat anda tetapi tidak meluangkan masa mula mengenali perniagaan anda. Anda terus buangkannya.

Majikan-majikan mahu tahu bahawa anda memang berminat dengan mereka secara khusus. Anda perlu memperbaiki surat iringan dan resume anda untuk disesuaikan dengan jawatan. Luangkanlah masa sejam atau dua jam menelaah laman web syarikat berkenaan, profil eksekutif, blog dan perkara-perkara yang berkaitan dengan industri yang ingin diceburi -- sebelum anda membuat surat iringan dan resume anda. Hanya kemudian barulah anda dapat membuat kedua-duanya dengan baik.

Perhatikan bahasa badan anda semasa temuduga: Majikan-majikan mencari calon dengan pengetahuan dan pengalaman terbaik, tetapi jarang sekali mereka mengambil pekerja dengan mengabaikan kemahiran bersosial. Jika anda seorang yang kurang sikap prihatin, ia boleh dilihat. Dan ianya tidak kelihatan bagus. Malah semasa berbual kosong sebelum temuduga, buat hubungan mata apabila anda bercakap, senyum apabila sesuai, dan sentiasa kelihatan segar. Paling penting, jangan goyang lutut anda, menendang meja, memintal rambut anda, memeriksa telefon bimbit anda, bermain dengan pen anda, termenung ke suatu sudut, atau menggigit kuku.

Isikan ruang kosong resume dengan kerja sukarela: Ramai daripada siswazah atau mereka yang baru habis belajar atau telah berhenti bekerja tiada pekerjaan untuk selama enam bulan atau lebih. Ramai yang akan mendapati ruang kosong pada resume mereka akibat dari kelembaban ekonomi. Ini bukan salah mereka, mereka telah mencarinya tetapi tidak dapat menenuinya. Satu penyelesaian: menawarkan diri bekerja sukarela secara sambilan. Bekerja sukarela memberitahu majikan berpotensi bahawa anda adalah satu orang yang bertenaga, yang punya pertimbangan, walaupun apabila anda menghadapi pelbagai masalah, masih ada rasa membantu yang lain. Bekerja sukarela juga menyatakan yang anda tidak membiarkan kemahiran-kemahiran anda terbazir begitu sahaja.

Jangan cuai -- lihat perkara kecil: Anda terlupa meletakkan tarikh pada resume anda. Anda tergelak kecil pada nama pengurus pengambilan pekerja apabila anda hadir temuduga. Perkara kecil selalunya bukan satu penentu dalam perkara lain dalam kehidupan, tetapi ia sering dipandang ketika mengambil pekerja. Apabila anda sedang mencari kerja, satu kesilapan kecil boleh menjejaskan kepentingan yang jauh lebih besar berbanding dengan waktu lain.

Ini apa yang boleh berlaku dalam kepala seorang pengurus semasa seorang calon pekerja membuat satu kesilapan ketara: "Dia memberitahu saya dia akan menghantar sampel penulisan ini pada hari Isnin, tetapi dia menghantarnya pada hari Selasa tanpa memberitahu kelewatan ini. Ini mungkin bukan tingkah laku calon tersebut; semua orang tersilap sekali-sekala. Tetapi jika saya mengabaikan kemungkinan lampu merah ini dan mengambilnya bekerja, dan kemudian dia ternyata kelam kabut dan teruk dengan tarikh penghantaran, saya akan menyesal sendiri kerana tidak memberi perhatian untuk tanda ini sekarang.”

Resume anda mesti menjawab soalan ini: Kebanyakan resume yang diterima majikan adalah seperti satu siri huraian-huraian pekerjaan, hanya menyenaraikan tugas-tugas dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh jawatan-jawatan telah dipegang oleh pemohon -- dan sesiapa sahaja yang memegang tugas yang sama. Tetapi itu bukan maklumat yang diperlukan oleh pengambil pekerja bagi membuat keputusan mereka.

Sebenarnya resume yang mendapat perhatian mereka adalah lebih daripada itu. Untuk setiap jawatan, ia menjawab soalan ini:
- Apakah pencapaian anda dalam kerja ini yang orang lain tidak ada?
- Adakah anda hanya mengikut sahaja arus dan anda akhirnya boleh diterima, tetapi bukan seorang yang mendapat bintang, kualiti, prestasi?
- Atau adakah anda melakukan satu kerja yang luar biasa baik, yang membanggakan bos anda dan rakan sejawatan dan membuat mereka rasa tertekan keran kehilangan anda?

Pastikan diri anda sesuai dengan deskripsi kerja: Jika anda adalah 6 kaki 7 inci, 90 kg lelaki bertubuh sasa, berbulu dan berjanggut lebat, adakah anda memohon untuk sebahagian daripada persembahan teater kanak-kanak di Istana Budaya? Bagaimana tidak munasabah pun imej itu, setiap hari beribu-ribu pengurus di dunia membelek resume-resume yang tidak sesuai untuk jawatan yang diiklankan.

Jadikan penemuduga anda rasa senang: Ini agak berlawanan dengan apa yang dijangkakan. Kebanyakan pencari kerja adalah bersedia untuk mengikut nada yang ditentukan oleh penemuduga mereka. Tapi itu mungkin bukan rancangan terbaik anda. Ramai penemuduga benci menemuduga. Mereka tahu mereka kurang bagus untuk menemuduga, dan mereka berurusan dengan orang yang tidak dikenali dan bertanya pelbagai soalan bagi mengisi satu pekerjaan yang mereka sendiri tidak biasa dengannya. Pencari kerja boleh mendapat satu kelebihan dengan mereka dengan sentiasa mesra, mendengar dengan penuh berhati-hati, menggunakan bahasa badan untuk menandakan keramahan, dan menunjukkan yang dia mesra dengan rakan-rakan.

Rancang sebelum anda teruskan: Penyelidik dari Universiti Missouri baru-baru ini mengkaji usaha 327 pencari kerja, berusia 20 hingga 40 tahun, dan mendapati merancang dan mengikut rancangan pada awal pencarian kerja memberi kesan penting pada kejayaannya. Letakkan matlamat proses bagi menjadikan anda tetap pada landasan ke arah matlamat besar karier anda. Matlamat-matlamat proses bukan objektif-objektif yang besar. Ianya adalah matlamat supaya anda sisingkan lengan baju anda dan buat kerja. Mungkin anda boleh sediakan satu matlamat iaitu membuat 10 panggilan telefon sehari atau menulis setiap dua jam sehari.

Cari kerja yang kurang dikehendaki: Kemelesetan ekonomi telah mengurangkan peluang-peluang kerja dalam banyak bidang, pada masa yang sama mengekalkan atau menambah peluang-peluang dalam bidang lain (contohnya pembuatan kereta lawan kejururawatan). Dikotomi itu telah membuatkan kebanyakan daripada penganggur itu tertanya-tanya bagaimana untuk masuk ke dalam satu industri baru. Ia adalah satu keputusan yang sukar tidak kira masa. Jika satu kedudukan adalah sukar diisi, mereka mungkin bersedia untuk mengambil anda bekerja jika anda bersedia untuk belajar bagaimana untuk membuat kerja, daripada mengambil mereka yang telah menjadi seorang pakar.

1 comment:

  1. InsyaAllah I will try more to get a job. Caiyo...

    ReplyDelete