Beberapa Poin Pemilihan Ubat Gigi Anda

Berus gigi.Melihat pilihan ubat gigi yang ada pada rak jualan hari ini mungkin membuatkan kepala anda jadi pening, terlalu banyak pilihan. Cuba guna panduan ini untuk membantu anda membuat pilihan:
  • Ubat gigi pemutih tidak akan menjadikan gigi anda putih seperti mana jika anda lakukan pemutihan dengan doktor gigi, tetapi ubat gigi ini boleh memutihkan gigi anda lebih dari ubat gigi biasa.
  • Ubat gigi dan ubat kumur tiada kelebihan dalam melawan nafas berbau, mengikut American Dental Association.
  • Kesemua ubat gigi mengandungi bahan penggilap dan bahan pencuci. Serbuk penaik kek mempunyai kedua-dua ciri ini. Gunakannya jika anda rasa anda boleh tahan dengan rasanya yang pahit.
  • Kanak-kanak tidak memerlukan ubat gigi mereka khas mereka sendiri. Kebanyakan mereka tidak akan menghasilkan tartar pada gigi sehinggalah mereka akil baligh, jadi ubat gigi berflourida sudah memadai untuk mereka.
  • Gigi anda sensitif? Perhatikan pada label ubat gigi. Bahan potassium klorida (potassium chloride) membantu menyekat reseptor kesakitan.

No comments:

Post a Comment