Rakaman Bunyi Gempa Bumi Dasar Lautan

Gempa bumi adalah satu fenomena alam yang memang tidak dapat dielakkan di sesetengah tempat di dunia. Tragedi gempa bumi yang berlaku dalam dekad ini telah banyak meragut nyawa terutama di negara-negara kurang maju.

Gempa bumi terjadi apabila plat tektonik yang bersentuhan antara satu sama lain bergesel. Geselan ini melepaskan tenaga yang banyak secara tiba-tiba dan menghasilkan getaran dalam skala yang besar, sehingga menghasilkan gegaran yang kuat. Gegaran inilah yang menjadi gempa bumi. Selalunya gempa bumi terjadi di kawasan sempadan plat tektonik. Kawasan ini adalah di mana dua atau lebih plat tektonik bertemu.

Sebagaimana yang kita masih ingat, gempa bumi dasar lautan boleh menghasilkan tsunami yang dahsyat. Perkara ini telah berlaku di lautan Hindi, yang menghasilkan tsunami besar sehingga memusnahkan Aceh, Sri Lanka dan negara-negara di sekitar lautan itu. Tragedi 2004 ini telah meragut beratus ribu nyawa dan mengakibatkan jutaan yang lain kehilangan tempat tinggal. Tragedi yang dahsyat ini pasti menyentuh jiwa sesiapa sahaja yang melihat, apatah lagi bagi mereka yang menanggungnya. Takziah daripada penulis kepada semua mangsa tsunami 2004. Saya berdoa mangsa tsunami terus tabah dan kuat meneruskan hidup di hari-hari ini.

Kemusnahan Sumatera terutama di Aceh akibat dari tsunami besar 2004.Kemusnahan besar yang melanda Aceh akibat tsunami besar 2004, meruntun jiwa. Penulis masih lagi merasai kesedihannya.

Mungkin kita semua belum pernah melihat bagaimana gempa dasar lautan terjadi. Namun para saintis telah berjaya merakam bunyi gempa bumi dasar lautan ini semasa ia berlaku. Klik untuk mendengarnya.


kredit rakaman bunyi: NOAA - National Oceanic and Atmospheric Administration

Sama-sama kita akui kebesaran Yang Maha Kuasa dan tunduk pada kehebatanNya.

1 comment: Nyatakan komen anda

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen. Datang lagi nanti ya.

Lagi