Friday, November 28, 2008

Seekor Ular Tua Yang Stress

Seekor ular hijau, lidahnya terjelir.Seekor Ular Tua yang rabun pergi ke klinik dan berjumpa dengan Doktor Ular.

"Tuan Doktor, tolonglah periksa mata saya, sejak akhir-akhir ini selalu sahaja kelabu asap dan tak boleh melihat dengan jelas".

Doktor tersebut memeriksa Ular Tua tersebut kemudian memberikannya cermin mata dan menyuruhnya untuk kembali dalam masa dua minggu.

Dua minggu kemudian si Ular Tua datang lagi ke klinik tersebut, "Doktor, saya betul-betul stress ni!"

Doktor bertanya, "Kenapa stress? Cermin mata tu tak berkesan ke?".

"Sebenarnya cermin mata tu berkesan doktor, tapi yang buat saya stress ialah saya baru tahu yang rupa-rupanya selama ini saya berkawan dengan paip getah!"

1 comments:

Anonymous said...

xlawak pown....cm ape jew..xsyiok a...

Post a Comment

 

Tentang Macam-macam

Macam-macam adalah sebuah laman untuk berkongsi pelbagai perkara. Laman Macam-macam berkongsi tentang tip-tip, pelajar, kesihatan, kewangan, fakta-fakta menarik, makanan atau apa sahaja yang difikirkan bermanfaat untuk dikongsi dan disebarkan. Diharapkan pengunjung laman ini memperoleh seberapa banyak input berguna agar-agar laman ini menjadi satu laman yang berfaedah. Jangan lupa untuk melanggani laman ini (percuma sahaja) dengan memasukkan emel anda ke dalam borang langganan dan mengikuti arahan seterusnya yang cukup mudah. Teruskan berkunjung ke laman ini dari masa ke semasa untuk mendapat perkara-perkara baru yang menarik. Sekian, terima kasih. Datang lagi.

Langgan

Langganan laman ini secara percuma. Masukkan emel anda dan tekan 'Langgan', satu emel pengesahan akan dihantar pada anda, pastikan anda klik pada pautan pengesahan dalam emel tersebut: