Makanan Laut dengan Manggo Chilli Salsa

BAHAN-BAHAN
4 ekor udang
70 gram sotong - yang dihiris bunga
50 gram salad iceberg
50 gram salad lolorosso
50 gram salad frisse
300 gram mangga
3 batang cili merah
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh cuka masak
600 gram ubi - Dihiris jalur halus, kemudian masukkan ke dalam senduk. Tekan dengan senduk lain. Goreng di dalam minyak panas sehingga kuning keemasan dan tertanggal daripada senduk. Bentukkan seperti bakul.

CARA MEMBUAT:
  1. Celur udang dan sotong sehingga masak.
  2. Potong halus mangga dan cili merah. Campurkan ia dengan gula dan cuka. Gaul sehingga sebati.
  3. Di atas pinggan salad, letakkan salad kemudian diikuti dengan bakul ubi. Letak makanan laut di dalamnya. Taburkan salsa di sekelilingnya dan sedia untuk dihidangkan.
Kuantiti: 2 orang
Kategori: Pembuka selera masakan Barat

Selamat mencuba. :)

No comments:

Post a Comment