Hati Angsa dengan Sos Ceri

Hati Angsa dengan Sos Ceri.BAHAN-BAHAN:
2 ketul hati angsa
6 biji niarachino cherri
50 gram salad lolorosso
50 gram salad iceberg
30 gram kobis ungu

BAHAN-BAHAN UNTUK SOS CERI:
50 gram mentega
2 sudu makan cuka masak
1 cawan air ceri
Secubit garam, lada sulah dan daun pasli yang telah dicincang.

CARA MEMBUAT:
  1. Bersihkan hati angsa dan perapkan dengan garam dan ada sulah. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
  2. Bersihkan salad iceberg, lolorosso, kobis ungu dan diracik halus. Rendamkan di dalam air yang mempunyai ais dan sedikit cuka untuk merangupkan salad.
  3. Panaskan mentega. Masukkan marachino cherri dan airnya. Biarkan ia mendidih. Selepas itu tuangkan sedikit demi sedikit cuka masak dan kacau perlahan-lahan. Biarkan ia mendidih dan pekat. Masukkan garam dan ada sulah.
  4. Gorengkan hati angsa dan jangan terlalu masak kerana ia akan menyebabkan hati angsa menjadi keras.
  5. Hiaskan hati angsa bersama salad. Tuangkan sos ceri dan taburkan sedikit daun parsli yang telab dicincang.
Selamat mencuba. :)

No comments:

Post a Comment