Dumpling Sayur-sayuran dengan Sos Limau Berperisa Cili

BAHAN-BAHAN:
2 helai kobis bunga - dipotong empat segi
50 gram kobis bunga - dipotong kecil (cauli flower)
50 gram kobis bunga hijau - dipotong kecil (brokoli)
50 gram salad iceberg
50 gram salad lolorosso
50 gram kobis ungu
70 gram lobak merah - dipotong kecil

BAHAN SOS LIMAU BERPERISA CILI:
45 gram lada kering yang telah dikisar kasar
30 gram bawang putih cincang
30 gram bawang merah cincang
2 sudu besar jus limau nipis
Secubit garam dan lada sulah
1 sudu besar air gula Melaka
Secubit daun parsli cincang
1 sudu besar minyak masak

CARA MEMBUAT:
  1. Potong nipis kobis bulat. Celurkan di dalam air panas sehingga lembut.
  2. Potong brokoli dan kobis bunga kepada potongan kiub. Begitu juga dengan lobak merah. Ambil sayur-sayuran tersebut dan letakkan di atas kobis bulat. Kemudian perlahan-lahan bungkus kobis bulat tersebut sehingga membentuk bunjut. lkatkan dengan daun bawang tanpa mengoyakkan bungkusan tersebut. Celur bungkusan sayur tersebut ke dalam air yang mendidih. Celur sehingga lembut dan sejukkan.
  3. Panaskan mentega dan masukkan bawang putih dan bawang merah hingga naik baunya. Masukkan cili kering dan kacau. Selepas sahaja cili kering itu masak, tuangkan air gula Melaka dan jus limau nipis. Biarkan ia mereneh. Kemudian sesuaikan rasa. Susunkan salad di atas pinggan salad, letakkan dumpling sayuran di atas salad tersebut. Tuangkan sos dan sedia untuk dihidang.
Pasti lazat. :)

No comments:

Post a Comment