Petua-petua Demam vs Pemuda-pemudi Demam

Ini lawak pun ya, petua pun ya jugak. 2 in 1 la lebih kurang.

Demam Selsema

Petua Orang Tua-tua

R
ebus biji jintan hitam dan sedut wapnya serta makan serbuk jintan yang telah dicampurkan dengan madu.
Petui Orang Muda-mudi
Tumbuk lada hitam hingga lumat kemudian sedut debunya, gerenti korang akan berusaha untuk tidak lagi kena demam selsema.

Demam Panas
Petua Orang Tua-tua
Ambil daun betik muda, tebu hitam dan sedikit garam. Tumbuk hingga lumat, campur sedikit air dan tapis. Minumlah airnya setiap pagi.
Petui Orang Muda-mudi
Masuk hutan dan carilah mana-mana air terjun lalu berendam sehingga menggigil kesejukan. Pasti anda tak berasa panas lagi.

Demam Malaria
Petua Orang Tua-tua
Ambil getah pokok kuini dan kapur barus lalu rebus lalu minum airnya seperti meminum teh.
Petui Orang Muda-mudi
Pergi ke rumah rakan anda yang melanggan Astro Ria dan tontonlah channel Astro Ria, pasti demam malaria akan bertukar menjadi demam Astro Ria pulak.

Demam Biasa
Petua Orang Tua-tua
Makanlah isi labu air bersama dengan cuka pada malam hari sebelum tidur.
Petui Orang Muda-mudi
Makan, minum dan apa saja kegiatan seperti biasa kerana cuma demam biasa je, buat apa nak risau sangat.

Demam Kepialu
Petua Orang Tua-tua
Ambil daun pegaga dan tumbuk lumat, kemudian ambil airnya lalu disapu pada dahi.
Petui Orang Muda-mudi
Cari album penyanyi Khai dan dengar lagu 'Dambaan Pilu', tanpa sedar korang akan lupa pada demam kepialu dan bertukar menjadi demam 'Dambaan Pilu'.


Pilih la sama ada nak ikut petua atau pemuda mengikut citarasa masing-masing...
:)

Lawat juga:

2 comments: Nyatakan komen anda

  1. macam pnah bace je artikel petua mude mudi nih..
    kat mjalah uJang kn?hehee...

    ReplyDelete
  2. Salam… just nak kongsi info ttg H1N1..Meh kita cuba UK Antivirus Formula Bio-Herbal, formula yang dirumus oleh DR. WAN MAHANI ZAINAL ABIDIN (Serologist/Ex Research Development Petronas PRSS dan kini menjadi Penyelidik Kimia Bertaraf Antarabangsa serta Senior Business Advisor Dunita Corporate World. Ianya 100% suci dan asli…ia mampu mencegah dari H1N1…Botol kecil 5ml hanya RM20 termasuk pos dan Botol Besar 100ml hanya RM150 termasuk pos.(Lab Testing No: QD2363-1 - Dijamin Suci) Tolong hebahkan pada sesiapa… Saya dah try pada keluarga..membantu meredakan masalah pernafasan. Produk nie paling serasi dgn baby..boleh refer blog saya..dan ada testimoni..Kalau demam, selsema, sakit tekak, batuk.. dah g klinik tapi x hilang gak..boleh cuba..insyaallah dengan izin Allah S.W.T.
    Kalau minat klik pada http://miela77.blogspot.com
    atau email pertanyaan pada Miela.77@gmail.com

    Ikan pekasam Tasik Raban RM30 (5 bungkus termasuk pos) .. order di Miela.77@gmail.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen. Datang lagi nanti ya.

Lagi