Minyak Zaitun & Khasiatnya

Terdapat 3 jenis minyak zaitun:
  1. Extra Virgin Olive Oil
    Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad.

  2. Virgin Olive Oil
    Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.

  3. Olive Oil
    Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.
Penyembuh Pelbagai Penyakit

Jeruk zaitun mungkin hanya terkenal di Eropah dan Timur Tengah sahaja, tetapi hasil minyak daripada buah zaitun terkenal di seluruh dunia. Di Itali, minyak zaitun digunakan secara meluas dalam pasta, piza dan aneka masakan lain.

Namun bukan hanya untuk masak-memasak sahaja menyebabkan buah purba ni begitu digemari. Sejak berzaman ramai yang percaya bahawa buah ini merupakan ubat kepada pelbagai jenis penyakit.

Benarkah begitu? Sejauh manakah khasiat sebenar minyak zaitun? Hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.

Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.


Sementara Bapa Kedoktoran Moden, Socrates menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.

Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya. Jadi apa ditunggu lagi?

20 comments: Nyatakan komen anda

  1. salam saudara..
    untuk kecantikan boleh kah saya apply minyak zaitun dimuka?

    ReplyDelete
  2. lilyuliat@yahoo.comMay 4, 2010 at 2:27 AM

    apakah minyak zaitun bs jd obat ambean?

    ReplyDelete
  3. Berarti minyak zaitun bisa dijadiin minyak goreng ya...

    ReplyDelete
  4. berarti minak zaitun itu banyak dong khasiatnya...

    ReplyDelete
  5. sangat mengagumkan yah.. khasiat minyak zaitun.... kunjungi saya mas di http://arshadgraffity.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Ada pendapat pakar pemakanan mengatakan minyak zaitun yang disapu ke bahagian kulit ianya akan meresap ke dalam kulit kita.

    Terutamanya minyak zaitun Extra virgin olive oil.

    Jangan guna pomace oil walaupun murah.

    http://wanitamuslimah2u.blogspot.com/2011/03/kematian-wanita-akibat-kanser-payudara.html

    ReplyDelete
  7. Ya jelas, Saya mau pake minyak zaitun, Cuman harganya mahal.

    ReplyDelete
  8. kira- kira bisa untuk menghilangkan flek hitam gak sech?

    ReplyDelete
  9. waaahhhh... info yang bermanfaat nih... thanks gan... :)

    ReplyDelete
  10. Minyak zaitun adalah salah satu thibbun nabawi..saatnya kembali kepengobatan islam..

    ReplyDelete
  11. Memang minyak zaitun sejak dahulu dikenal memiliki berbagai khasiat alami. Bagi rekan - rekan yang kesulitan mendapatkan minyak ini, atau ingin mencoba berbagai kemasan dengan volume berbeda-beda, silakan kunjungi
    http://geraiherbalindo.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. Saya pengedar Extra virgin Olive oil
    Kulim ,kedah : En Sabri HP 0174030224

    ReplyDelete
  13. Saya minum minyak zaitun extra virgin dari palestin,iran dan syria. Semua bagus. Saya minum 1 hari 10 sudu besar selama 2 tahun dan beransur sihat. Dulu saya ada darah tinggi sekarang 120/80. Sakit lutut-sapu di lutut dan boleh jogging 5 km 1 hari. Kebas jari kanan dan beransur sembuh. Senang berak dan kencing. Dan masih minum. Tajul nahar 0133243283.

    ReplyDelete
  14. Saya baru 2bulan menggunakan minyak zaitun asli dari negara arab,kesannya amat melawaskan apabila buang air besar.tekanan darah berkurang,,minyak zaitun asli ini juga di sapu pada seluruh badan anak setiap kali selepas mandi..wahhh kulitnya jadi sihat dan lembut.bagaikan kulit bayi..Shem-019-2833027

    ReplyDelete
  15. terimakasih infonya sangat membantu

    ReplyDelete
  16. Saya adalah pengedar Extra Virgin Olive Oil jenama Olive House dari Syria, yang dihasilkan menerusi process 'cold pressed'. Antara produk yg tebaik di dunia.
    Boleh hubungi/sms saya di 014-6206020.
    -Safiah-

    ReplyDelete
  17. kerenn minyaknya pasti mahal..:D

    ReplyDelete
  18. kepada pengedar minyak zaitun, boleh tak sms saya. Nak tahu hatga klu ambil dalam jumlah yg besar

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen. Datang lagi nanti ya.

Lagi