Kawal Marah Sebelum Ia Memakan Diri

Smiley-AngryMarah adalah emosi manusia yang memang normal dan sihat. Tapi apabila ia tidak dapat dikawal, emosi ni akan membawa masalah di tempat kerja, dalam hubungan peribadi mahupun dalam keseluruhan kualiti hidup anda. Kemarahan yang tak terkawal akan menjadi punca pergaduhan dan perceraian, malah akan menyebabkan tekanan dan gangguan serius dalam kehidupan seseorang.

Rasa marah ni boleh disebabkan oleh perihal dalaman dan luaran. Biasanya ia melibatkan perubahan fisiologikal dan biologikal seseorang ketika marah, tekanan darah dan denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga, adrenalin dan noradrenaline. Jadi anda ingin hidup dengan lebih gembira dan sihat, kawal kemarahan anda sebaiknya.


Bertenang

Tarik nafas dalam-dalam dan kosongkan fikiran. Ini mungkin dapat membantu anda menenangkan diri. Jika perlu, dapatkan bantuan profesional atau beli buku-buku berkaitan teknik menenangkan fikiran.

Ambil nafas dalam-dalam (dari bahagian diafragma). Jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda. Bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut. Secara perlahan-lahan ulangi perkataan 'bertenang' dan 'jangan susah hati'. Ulanginya dalam diri anda sendiri sambil mengambil nafas yang dalam.

Gunakan daya imaginasi anda untuk membayangkan suasana yang menenangkan, tidak kiralah sama ada ia hanya imaginasi ataupun dan kenangan lama. Lakukan latihan ala-ala yoga yang boleh menenangkan otot-otot anda dan menenangkan perasaan.


Susun semula pemikiran

...Ingatkan diri anda; marah tidak dapat menyelesaikan masalah....

Ringkasnya di sini, teknik ini bermaksud anda perlu mengubah cara pemikiran. Kebiasaannya seseorang yang sedang marah akan menghamburkan kata-kata caci maki, menyumpah-nyumpah atau bertindak keterlaluan. Pendek kata, pemikirannya akan berubah serta-merta. Jadi, setiap kali berasa marah, cuba tukarkan perkara-perkara tensebut dengan sesuatu yang lebih rasional. Contohnya, katakan pada diri anda; 'Ia sungguh mengecewakan', 'ia memang teruk', 'segalanya sudah musnah' dan 'saya faham yang saya sangat sedih kerananya, tapi ia bukan bermakna harapan tidak lagi ada dan marah bukanlah jalan penyelesaiannya'.

Berhati-hati dengan kata-kata 'tidak mungkin' atau 'selalu' ketika bercakap tentang diri anda dan orang lain. Contohnya, 'mesti ni tak pernah boleh digunakan' ATAU 'awak ni selalu lupa benda-benda penting'. Ini kerana ayat-ayat begini akan membuatkan anda atau orang lain rasa patah semangat untuk menyelesaikan masalah yang berlaku ketika itu. Ingatkan diri anda; marah tidak dapat menyelesaikan masalah.


Selesaikan masalah

Kadangkala kemarahan atau kekecewaan itu timbul kerana beberapa masalah dalam hidup. Tapi bak kata orang, setiap masalah ada penyelesaiannya:
  • Rangka perancangan anda.
  • Jangan lupa semak perkembangannya.
  • Selesaikan masalah dengan cara yang paling baik tapi jangan terlalu menyalahkan diri sendiri jika anda tidak dapat memenuhi perancangan anda.
  • Berusaha sebaik mungkin akan mengurangkan tekanan anda, walaupun ia mungkin tidak selesai serta-merta.

Komunikasi yang baik

Kebiasaannya orang yang sedang marah terlalu cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu dan ia boleh jadi tidak tepat. Jika anda menghadapi satu perbincangan hangat yang mungkin mencetuskan kemarahan, anda patut bawa bentenang dan fikirkan sebaik-baiknya terlebih dahulu. Usah suarakan perkara pertama yang terlintas di fikiran serta-merta tanpa berfikir.

Jadilah seorang pendengar yang baik - terutamanya pada perkara-perkara yang boleh menyebabkan kemarahan. Jika anda dikritik, jangan melawan. Banyakkan mendengar dari pihak tersebut. Kekalkan ketenangan dalam diri anda bagi mengelakkan keadaan jadi lebih buruk.


Bertukar angin

Kadangkala, suasana sekeliling membuatkan kita rasa tertekan. Masalah tanggungjawab yang banyak pula amat membebankan dan semua ini membuatkan anda manah. Jadi anda haruslah membuka ruang pada diri sendiri. Luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang anda suka seperti bercuti dan sebagainya untuk memperbaharui mood anda.


Mencari alternatif

Jika sesuatu perkara itu sudah dijangkakan menimbulkan kemarahan, anda harus bijak mencari alternatif untuk mengelakkan dari berdepan dengan masalah itu. Sebagai contoh, jika kesesakan jalan raya sering menyebabkan anda marah, gunakan pengangkutan lain sepenti komuter, LRT dan sebagainya untuk ke pejabat.


Marahlah secara sihat

Kemarahan adalah emosi normal manusia. Dengan itu, harus diberi perhatian bahawa emosi yang satu ini juga penting untuk kita terus hidup dan untuk mempertahankan diri. Marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan atau kata-kata kesat. Tapi usah memendamnya kerana kemarahan yang tidak diluahkan akan memberi kesan negatif terhadap seorang individu itu.

11 comments: Nyatakan komen anda

  1. aku harap lepas baca ni boleh kawallah marahku.insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. meandedithurm........kte cuba..

    ReplyDelete
  3. ada kalanya perasaan marah etu sukar tuk kta aplikasikan dlm diri..nmun,hadapilh dgn senyuman..sumenya pasti akan baik2 saja

    ReplyDelete
  4. hdup ini umpama harimau mengejar kta,kta blari dan trjmpa tali yg blilitan di atas pokok,lalu kta bpaut pda tali tsebut . . .dbawah pokok trdapat bbrapa ekor ular&sbuah sungai. .tdapat jga d atas tali tsebut ada 2ekor tikus hitam&putih. . .. . . .. .dtglh seekor lebah menjatuhkan madunya lalu tkna pda mulut kta tuk hntikn lamunan. . .-harimau umpama maut,tali umpama umur,sungai umpama kubur,ular umpama rahsia2 dlm kubur,tkus htam&putih umpama siang&mlm,dan madu lebah umpama keseronokn dlm dunia-

    ReplyDelete
  5. pasni x nk marah2 sgt la..kne tenang..jd profesional skit..

    ReplyDelete
  6. kemarahan x mendatangkan aper2 kebaikan pun...kalo kita marah kan seseog pun tegurlah dengan cara tehormat ok!!!hehe,,,berfikir secara positif,,,,bila sesutu terjadi pasti ada sebab kenapa??mengapa??jwpan 2 ada pd diri sendiri...

    ReplyDelete
  7. Selalu marah-marah boleh kena sakit jantung nanti. janganlah marah-marah sangat. cari jalan nak selesaikan masalah.

    ReplyDelete
  8. Bila terlalu lama sangat menjaga hati orang lain... kadang2 diri sendiri dilupakan... serba-salah dibuatnya.. bila terluah segalanya... amarah yg tidak boleh terkawal... nak2 bila ada hubungan darah..

    ReplyDelete
  9. Bak kata pepatah..ditelan mati mak diluah mati bapak... Skrg ni semuanya dh mati pada aku... Benci pada ibu sendiri..derhakakah aku... Kalau ibu sendiri yg memporak perandakan hubungan aku dan adik beradik..jadi seperti gunting dlm lipatan... Semuanya aku yang salah pada mata mereka...Ssh payah pertolongan aku tidak dihargai..hanya keburukan shj yg ternampak di hati mereka...terima kasih mak..terima kasih adik2 ku..jasa kalian mmg x terbalas di dunia ni..hanya tuhan yg mampu menilainya...aku redha...aku pasrah..dan ikhlas.. Maafkan aku..aku cuma insan biasa yang x mampu menggembirakan hati org lain...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen. Datang lagi nanti ya.

Lagi