Udang Goreng Madu

BAHAN-BAHANNYA

600 g udang
1 sudu makan cili ( dikisar )
1 sudu teh ketumbar ( dikisar )
1 sudu teh jintan manis ( dikisar )
1 sudu teh jintan putih ( dikisar )
1 sudu teh tepung penaik
1 sudu serbuk lada hitam
2 sudu teh madu
garam secukup rasa

CARA MEMASAK
  1. Bersihkan udang dan toskan.
  2. Kemudian gaulkan dengan bahan-bahan yang telah dikisar.
  3. Perap udang yang telah digaul untuk selama 1 jam.
  4. Panaskan kuali dengan minyak yg banyak, kemudian masukkan udang.
  5. Masak sehinga sebati dan kering.
  6. Setelah kekuningan angkat & hidangkan.
Selamat mencuba... :)

No comments:

Post a Comment