Lawak Tandas di KLCC

Satu hari ketika baru saja tiba dari Kuantan, aku singgah sekejap di KLCC. Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat barang di kedai, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apa lagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level tu. Masuk saja kat situ, aku tengok ada 3 bilik air. Satu tu bertutup, so aku pegi yg di sebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar suara dari sebelah...

"Haa, camna sekarang ?" Aku pun bukan suka nak berbual ngan orang yg aku tak kenal kat tandas tu.

Ntah camna, akhirnya aku balas juga "Ok gak ler.."

Kemudian suara tu bertanya lagi, "Ko nak gi mana ni??"

Iskk.. Aku mula rasa musykil skit.. tapi aku kata "Aku nak balik,singgah sini nak beli barang sikit."

Lepas tu suara tu bertanya lagi "Bila ko nak gerak ni??"

Aku selamba jer kata "Lepas aku sudah ni, abis beli aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara orang sebelah tu berkata "Hei, aku call balik ko lepas nilah, tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Wakakaka....

1 comment:

  1. Hahaha... benda ni penah jadi pada aku. Tapi mujur aku xjawab org sebelah ty.

    ReplyDelete