Tujuh Cara Cemerlangkan Otak

Kamu bercita-cita menjadi seorang bijak pandai. Cita-cita ini akan tercapai sekiranya kamu mendapat kecemerlangan dalam pelajaran. Bagaimana cara untuk mendapatkan otak yang cemerlang? Para pengkaji dan ahli psikologi menekankan beberapa cara untuk mencemerlangkan otak. Antara yang perlu kamu lakukan:

  1. Mempunyai daya kekuatan mental dan fizikal yang bertindak aktif dan positif. Sikap dan tahap pemikiran kamu mestilah seimbang.
  2. Mempunyai pemikiran yang sentiasa bersih. Jangan sesekali memikirkan perkara yang tidak baik atau bercadang untuk bermalas-malas.
  3. Sentiasa berdaya saing dan kekuatan mental terhadap cabaran. Kamu juga perlu bersikap ingin mendahului rakan di dalam pelajaran.
  4. Mengambil makanan yang sihat untuk kecerdasan otak. Jangan amalkan makanan ringan kerana ia boleh merosakkan minda.
  5. Sentiasa melakukan senaman atau gerakan yang boleh merangsang otak. Malas dan kurang aktif akan membuatkan kamu seorang yang berat tubuh dan kurang daya fikir.
  6. Sentiasa mengatur waktu tidur yang mencukupi untuk merehatkan otak. Jangan berjaga hanya kerana ingin menonton siri kesukaan tetapi menjaga disiplin tidur untuk kesegaran esok hari.
  7. Bertafakur, berdoa dan membersihkan pemikiran. Setelah berusaha, jangan lupa untuk mendoakan kejayaan dan sentiasa berfikiran positif dan berkeyakinan tinggi.

Kecemerlangan dalam pelajaran juga akan berlaku dengan bantuan lima perkara asas berikut:

  1. Amalan meningkatkan daya ingatan dan kefahaman terhadap mata pelajaran.
  2. Jarakkan dan bahagikan pecahan masa belajar dengan menggunakan jadual.
  3. Lafazkan isi-isi penting dan data daripada nota ringkas dengan cara yang kuat.
  4. Apapun teknik dan sistem yang dilakukan, lakukan secara berulang-ulang.
  5. Akhirnya, percayalah kepada diri sendiri, tanamkan keyakinan dan berserah kepada takdir yang menentukan

2 comments: Nyatakan komen anda

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen. Datang lagi nanti ya.

Lagi